Khamis, 30 September 2010

Bergaya di Ofis Hubby



Hmm..Gambar ni saya ambil di ofis husband.Saja suka-suka sebab jarang sangat saya pergi lepak ofis dia. Tujuan ke sana? Bukan untuk ke sana pun, saya cuti untuk melawat abah di IJN, tapi saya tumpang hubby jadi dia bawa saya pergi ofis, lepastu jam 11 baru dihantar saya ke sana. Pada mulanya saya ingat nak pakai baju biasa aja, tapi hubby minta saya pakai kemas sebab di Pejabat dia ramai staf yang ditefur supaya berpakaian kemas.So, nak tumpang orang..ikut aja lah kan. Saya di IJN dari jam 11.30 sampai 11.00 malam..malam tadi lepas mandi terus tidorr...zzz..pagi ni saya pergi kerja lambat 30 minit, ahaks! sorry bos..

Selasa, 28 September 2010

5 Beradik (IJN Lagi)


Ini gambar kami 5 beradik, sedang menunggu giliran melawat ayahanda di IJN. Mak ada berdampingan abah. Jarang kami dapat berkumpul macam ini terutamanya abangngah yang tinggal di Kuantan. Biasalah bila dapat berjumpa macam-macam cerita yang keluar, teringat pula masa kecil-kecil dahulu. Bila celik aja mata saya hanya kenal dan tahu ada seorang kakak sahaja walaupun mak kata saya ada 2 lagi kakak tapi telah kembali kerahmatullah sejak kecil lagi.Sedih juga bila mak cerita masa dia kehilangan 2 anaknya yang ketika itu sedang manja..kuatnya mak dan abah menjalani ujian macamtu..
Kakak saya ni (kaklong) tempat saya meluahkan segala yang terpendam.Tapi selalunya dia yang banyak cerita sebab housewife, dari sekecil-kecil masalah..sampailah sebesar-sebesar masalah. Tugas saya mendengar, dan bantulah mana yang saya mampu.Kakak dan saya feelnya jauh sikit sebab saya ni tak ramah, dia ramah so ramai saudara mara yang lebih kenal dia kan? abang dan adik..hmm boleh satu kapla laa..cukup korum semua boleh jadi.ADik beradik yang ada dan tak ramai ini perlu bersatu. Bak kata pepatah air dicincang tak akan putus.Mungkin ada hati pernah tersentuh di antara satu sama lain, namun kita abaikan ajalah..dan bermaafan.cara hidup masing-masing berbeza-beza, macam saya dan kakak perlu juga menerima pandangan suami, tapi insyaAllah demi keluarga ini semuanya akan berjalan baik dengan kaedah yang berbeza..wasssalam..

Isnin, 27 September 2010

Ayahanda Di IJN (ngeteh Jap)

Salam lebaran lagi...

Pada 23 September yang lalu abah saya ditahan wad IJN, susulan kerap kurang sehat (sesak nafas) sejak bulan Ramadhan lagi. Semasa khutbah di pagi raya juga abah seperti menahan sakit, tapi digagahkan juga untuk solat Aidilfitri. Begitu juga hari-hari selepasnya yang mana saya dapat tahu abah pergi juga mengajar ngaji walhal semalam baru sahaja abang saya menghantar ke klinik disebabkan sesak nafas. Itulah abah saya, sangat sukar dan payah bila di rujuk ke hospital tapi kalau mak saya dan anak-anak dia sakit, cepat aja disuruhnya kami pergi hospital.Kebetulan sepanjang dimasukkan wad di IJN saya pula sebuk dengan program ofis (urusetia) kerja saya wajib saya selesaikan dan dalam tempoh itu saya sering berdoa agar abah stabil, sementara saya dapat siapkan semurna tugas saya.Alhamdulillah, apabila sempurna tugas, pada hari sabtu (walaupun saya terlibat program) saya mohon pengecualian tidak hadir untuk saya melawat abah di hospital. Pada Sabtu tengahari saya tengok abah masih lagi tidak selesa, tapi sehingga semalam (ahad)saya tengok keadaan abah semakin pulih. Mak adalah orang penting di sisi abah dan datang menjengok setiap kali melawat.Cuma kasihan juga bila mak tidak diberi untuk menemani abah sepanjangn di wad.Saya tahu perasaan mak dan abah tapi bila berada di CCU kawalan sangat rapi dan pesakit tidak dibenarkan banyak bercakap dan perlu banyak berehat untuk memastikan jantung berada di dalam keadaan stabil. Anak-anak saya punya rindu dengan tokmatnya tapi kanak-kanak tidak dibenarkan naik dan masuk di wad berkenaan. InsyaAllah hari Rabu saya ada apply cuti untuk melihat abah seklai lagi dan saya doakan abah semakin pulih dan boleh berada di dalam keadaan selesa.Adik beradik semuanya ada di sini, dan kami bergilir-gilir menjengok abah..
Wassalam..

Rabu, 22 September 2010

Lebaran Lagi..di Aidilfiti..



Ini makanan orang Pantai Timur juga.Sebelum balik Bangi suami aja kami singgah di Kuala (kira tempat lepak kita oranglah bila ke sana) makan otok-otok, sarta, pulut panggang dan mee colong (first time makan) tapi boleh tahanlah..bahan nampak simple tapi kuah dia ada ummph..Sampai di Bangi dalam jam 11.30 malam..esoknya saya kerja..biasalah, kalau dah makan gaji kan?

Aktiviti Lebaran Aidilfitri 1431H



Hari Raya Ke-7,beraya di rumah MB Terengganu. Punyalah ramai yang berkunjung..makanan pun macam-macam ada, tapi selera Pantai Timur le..ada artis?tak adalah. Pentas tu siap ada persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan.Masa dia panggil anak-anak,anak saya dengan sepupunya sebuk nak tonjolkan bakat termasuk si kecik (baby) yang terselit tu. Abangnya Arif (4 tahun) memang tak berani nak join dan libatkan ramai orang...saya makan pun skit jer..sebab masakan yang dihidang semuanya saya dah rasa sepanjang berada di Kemaman.Pergi rumah saudara ini nasi dagang, nasi minyak, sate,laksa putih..hampir sama jek.Sekarang memang kena start diet baliklah..

Khamis, 9 September 2010

Salam Lebaran 1431H


Assalamualaikum..

Kepada rakan-rakan dan pembaca setia blog saya, di sini saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua.Mungkin ada tutur kata saya di sini mengguris mana-mana pihak yang mungkin tanpa saya sedari. Sebagai hamba Allah yang lemah dan lupa, bermulanya lebaran baru ini kita lupakan segala persengketaan dan rapatkan ukhwah agar islam terus kukuh dan gemilang..wallahua'lam...

Wassalam..

Rabu, 8 September 2010

Menjelang Aidilfitri 1431H


Dam-dam dum, bunyi mercun..haa, inilah nikmatnya zaman kanak-kanak apabila dapat main bunga api.Anak saya ni pun minggu terakhir ramadhan saya belikan juga.Memanglah kalau ikutkan undang-undang sekarang tak boleh main bunga api tapi saya sebenarnya tak mahu tengok anak saya ketinggalan saat-saat manis di zaman kanak-kanaknya, menjelang Aidilfitri.Tapi mecun..memang saya halang 100%..bukan main seronok tengok dia orang main, teringat dizaman kanak-kanak saya, bunga apa tak selalu abah beli tapi kami main polong (bukan hantu).Surat khabar yang kami bentukkan tiga segi, bakar dibunya dan akan naik bersama api..kami ramai-ramai sebut" naik, naik, naik..yeaa.." semalan saya ceritakan hal tu dengan anak-anak..semuanya nak test mainan tu camna..nantilah ada masa di kg esok saya ajak dia orang main..sekarang masa berlalu begitu cepat..kira tengok aja lah anak-anak main kan??

Persedian Terakhir Aidilfitri 1431H


Haa..inilah persediaan terakhir saya menjelang Aidilfitri..gunting semua rambut anak lelaki saya (minggu lepas).Anak perempuan tak mau gunting..huh..legaa..maklum 2 anak kecil saya tu rambutnya panjang dan potongan bulat pasal abahnya suka tengok muka anak dia bulat, jadi bila potong pun dia nak potong bulat,confirm yang ketiga (Arif) macam perempuan..hu,hu..

Selasa, 7 September 2010

Tragedi Ramadhan 1431H


Salam Ramadhan..Kali ini saya nak cerita tragedi ramadhan tahun ni, yang ketika itu my hubby tiada bukan sahaja di rumah bahkan di Malaysia..Anak saya ke dua-duanya masuk hospital..demam kuat. nasib baik ada adik dan abang yang sudi datang membantu sepanjang kesulitan yang saya alami. Selama 3 hari 2 malam duduk hospital (KPJ Kajang), alhamdullillah sepanjang di hospital ada juga yang sudi menjengok anak-anak saya iaitu mak, abah, abang long sekeluarga, abang dan adik yang dok Cheras!dan abang yang berada di Kuantan tak putus-putus menelefon tanya khabar berita,termasuk kawan2 husband.Masa berada di rumah pula saya mendapat mc selama 1 minggu untuk menjaga anak kata Dr, staf juga ada datang ziarah..terima kasih kepada semua kerana hanya Allah yang mampu membalas sesuatu yang terbaik buat kalian..Husband balik pagi selasa dari Argentina..hu,hu..perasaan sedih saya kongsikan juga, maklum lah semasa anak sakit saya duduk dihospital menahan lapar (sebab nak tanya nurse pasal makan segan..) kalau ada husband mesti dia carikan makanan..sehinggalah mak abah datang bawak bekalan..huh, tak toleh kiri kanan saya ngap,ngap aja..begitu juga esoknya..tapi apa pun saya memang mampu tahan lapar sebab bila tengok anak kurang sehat, nafsu makan pun kurang..lagi satu fikir 2 anak kecil yang tinggal di rumah..tido dengan mak abah saya.Bila husband sampai..huh, lega bukan main..panjang akal saya lepastu..itulah, kata orang bila sentiasa bersama sesekali berpisah..apa-apa berlaku semuanya buntu...Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik buat keluarga saya, orang tua dikampung dan yang lain-lain..Aminn...

Khamis, 2 September 2010

Berbuka


Salam Ramadhan...

Baru ni kami sekeluarga balik Kemaman Terengganu.Biasalah hubby saya bising kata bila nak berbuka bersama ayahandanya pula..so, balik lah sekejap..sabtu, dan ahad balik sini..Di kemaman memang bermacam aneka dan juadah.Kaya dengan kuih muih dan pasar pun banyak.Sepanjang berada di sana tak pernah lah saya masak. Tapi bila nak balik hari tu, hubby ajak balik petang dan kami berbuka aja di Legend Resort,Cherating.Emm..boleh tahan masakan kat situ.Tapi kami tak boleh nak lama sebab terus nak bertolak ke Bangi..esoknya pulak kerja.gambar atas tu, arif sedang menikmati sate, masuk aja kereta terus lelap..