Isnin, 18 Oktober 2010

ngeteh jap (bajet 2011)


Assalamualaikum..,Selamat Pagi dan Salam Satu Malaysia...
Bicara saya pada hari ini adalah berkaitan bajet 2011.Kenapa, tak cukup ke hasil pembentangan bajet kerajaan baru ni? RM500 tu bonus? hmm..yang saya nak cerita bukan yang itu kerana pada saya..cukup RM500 tu boleh lah menampung keperluan, at least macam saya lepas lah separuh nak bayar duit yuran Taska anak yang 5 tahun ni.. syukur alhamdulillah...Bajet 2011 yang saya maksudkan di sini adalah bajet keluarga kami lah. Pada 2011, seorang lagi anak saya akan bersekolah 5 tahun. Semalam kami masih berfikir nak hantar Qdees (spt kakak dan abangnya) atau Smart Reader?? Whatever..duit deposit paling kurang RM1000 untuk pendaftaran kena adalah..Tahun depan juga bermakna tanggungan kami dari 2 orang bersekolah akan menjadi 3 orang. Termasuk duit van anak. So, mulai tahun depan saya sudah tak boleh nak berbelanja dan bermewah sesedap rasa. Keperlua anak-anak adalah paling utama buat kami. kalau boleh biarlah makan, pakaian dan keperluan sekolah anak mewah, jangan nanti buat kata abah saya, tak mahu lah bila besar anak-anak persalahkan kita sebab terlalu berkira utk pelajaran anak. Saya dan hubby memang sepakat iaitu kami tak mampu untuk belikan anak sebuah sorang rumah tapi kami cuba bagi pelajaran yang terbaik untuk mereka.Melalui pendidikan inilah kami berdoa anak-anak kami semuanya berjaya dunia dan akhirat dan mampu membina harta sendiri. Ada juga orang kata sukar anak ramai ni, sebab bajet selalu tak cukup, betul ke? Kalau tanya pandangan saya, Itu tidak menjadi halangan sebab apa yang saya perasanlah bila saya melahirkan si kecil..sama ada rezeki saya atau suami pasti berlebih. Itulah..anak tu kan rezeki juga..Jadi tak pernah sekali kami terdesak.Dan saya tak ingin mengeluh mempunyai anak yang ramai sebab pada saya isu kemampuan tiada halangan. Kebetulan rezeki saya, hubby juga seolah bersedia menampung keperluan kami pada tahun hadapan. Biasalah..kata orang anak ramai rezeki lebih. Yang penting keperluan anak saya pada hari dan masa akan datang perlu mencukupi. Tanggungan rumah, kereta akan berjalan seperti biasa..kecuali hubby tahun depan berangan sebuah lagi kereta..nampaknya kena sedikit adjusment lah..InsyaAllah..ada rezeki adalah..Wassalam..

Jumaat, 15 Oktober 2010

Ngeteh jap


Adakalanya Allah memberi sesuatu yg kita tidak suka dengan tujuan melihat sejauh mana kekuatan kita dlm menghadapi dugaanNYA, disebalik itu apa perkara yang kita suka belum pasti Allah suka... Kata-kata ini saya pinjam daripada seorang rakan yang mana memang amat menarik dan menyentuh jiwa saya. Saya kurang pasti adakah kata-kata ini sebenarnya tafsiran bagi sesuatu hadis atau bagaimana namun apa jua, ia amat memberi makna..Dalam kehidupan sebagai hambaNYA, kita sering diuji.Adakalanya ujian itu bagaikan tidak tertanggung dek badan namun akhirnya saat demi saat kita telah lalui dan alhamdulillah berkat kesabaran kita berjaya mengharunginya.Sebagai wanita, ibu yang bekerjaya sudah pasti saya kena tabah dan kuat dan bijak. Di Pejabat peranan kita berubah sebagai seorang Ketua, staf dan rakan kepada rakan-rakan di pejabat. Di rumah saya perlu lupakan watak itu kerana perlu menjadi seorang ibu yg penyayang dan sentiasa mendengar, peka kepada perkembangan anak.Selain itu sebagai isteri sudah pasti keperluan suami dan kehormatan diri juga di jaga.Dalam memainkan kesemua watak inilah kita sentiasa diuji yang ada kalanya kita mula tertanya "kenapa kita?" Namun sebagai seorang Islam kita harus sedar bahawa tanda kasih sayang Allah kepada hambanya juga adalah melalui ujian ini agar kita tersedar dari kesilapan dan belajar bersabar. kalau diikutkan hati,mati kalau diikutkan rasa binasa...Cuba lihat semula sejak akhir-akhir ini ramai umat islam sendiri dilaporkan telah membunuh diri akibat tidak tahan dengan ujian yang menimpa.Nauzubillah..Ingatlah setiap ujian Allah pasti ada penyelesaiannya..cuba kita duduk bersendirian, istikharah, tahajjud dan kembali kepadaNYA pasti ketenangan yang amat hebat akan kita perolehi. Saya pernah suatu ketika menghadapi ujian yang tak termampu saya tanggung berlaku ditempat kerja, siang malam saya memikirkannya, kata-kata semangat suami dan kejernihan serta ketulusan muka anak-anak seperti meminta ibunya bersabar, menjadi saya kuat dan sehinggalah pada Ramadhan yang lalu saya mengambil ruang untuk melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan, kerana apabila kita manusia sudah tidak mampu membuat keputusan, kita kembalilah padaNYA..saya menangis sepuas-puasnya di malam hari yang dingin, saya luahkan apa yang terbuku, saya ceritakan satu demi satu tekanan yang saya hadapi dan minta petunjukNYA..Alhamdulillah..selepas itu satu ketenangan yang sangat luar biasa saya rasai.....ya, itulah keputusanNYA..Sehingga hari ini pengalaman itu saya jadikan panduan pada masa hadapan sehingga akhir hayat saya..Di pejabat saya lalui segala-galanya dengan lancar disamping selalu berdoa " Ya Allah, jauhkan hambamu ini dari fitnah dan buruk sangka dari manusia dan Jin, lembutkan hati mereka yang tidak menyenangi diri ku dan jauhkan juga hati hambamu ini dari berburuk sangka kepada orang lain" Amin..

Selasa, 12 Oktober 2010

Ngeteh jap (Bekerja Untuk Siapa ?)


Salam dan Selamat Pagi..
saya ada 10 minit lagi masa untuk bekerja, jadi sempatlah untuk saya curi sedikit masa bagi berkongsi idea dengan pembaca. Di sini isu yang paling menarik perhatian saya adalah soal bekerja iaitu Bekerja Untuk Siapa..?? Organisasi atau Bos? kalau ditanya saya, mestilah untuk organisasi.Pertama organisasi inilah yang memilih saya bekerja di sini, bukan bos saya..sebabnnya bos saya sering bertukar-tukar. Keduanya, kalau kita bekerja atas nama organisasi kita tidak akan pernah rasa kecewa. Niat kita melaksanakan kerja untuk kemajuan organisasi, jadi sekiranya kita ditegur, disalahkan atau ditukar ke mana-mana kita tidak akan rasa kecewa malah perlu berfikiran positif iaitu apa yang berlaku adalah keperluan organisasi. Namun sekiranya untuk boss..kalau ditegur atau ditukar kita akan rasa boss tidak suka dan tidak perlukan kita. Di sinilah bermulanya "down motivated" dan hari-hari mendatang di organisasi adalah mimpi buruk buat kita.Tak kiralah siapa boss saya, yang penting apabila saya berada di sesuatu tempat..saya cuba menjadi yang terbaik dan kesayangan boss. Rasanya tak pernah lagi saya dipinggirkan oleh boss..staf? juga menjadi orang yang paling kuat di dalam hidup saya dan kerana itulah saya suka membimbing staf dan berterus terang ke atas sesuatu yang saya kurang berkenan dan selesa.Mungkin ada staf yang terasa dan menggambarkan itu satu tindakan negatif namun sekurang-kurangnya saya sebagai Ketua Jabatannya saya telah memaklumkan apa ukuran saya terhadap pencapaian staf saya.Tak salahkan, mungkin pada jangka pendek dilihat sedemikian namun fikirlah pada masa akan datang.saya juga manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dan mengharapkan teguran atau pandangan ikhlas orang disekeliling say. Berbalik semula isu organisasi atau boss tadi..Mungkin ada sebahagian kita terlalu agungkan boss sehingga apa yang dibuat semuanya betul, jadi prinsip bercakaplah benar sekalipun pahit itu tidak akan terlaksana, namun sekiranya untuk organisasi...Berusahalan untuk bercakap benar, ikhlas bagi kebaikan semua pihak..Wallahua'lam..