Jumaat, 26 November 2010

Ngeteh Jap (Hadiah Yang Lebih Berharga)


Assalamualaikum..
kali ini saya nak paparkan gambar anak sulung saya Afreena (kakak) yang telah menerima hadiah tempat pertama bagi peperiksaan sekolah agama (ABIM)dan di Sekolah Kebangsaan kakak dapat tempat kedua, syukur..Kakak ni memang setiap tahun menghadiahkan saya dan abahnya.Memang dia anak yang pandai, dan mendengar kata.Nakal sikit tu ada juga, tapi yang saya perasan bila saya marah dia tak akan melenting, paling tidak menangis senyap-senyap.Saya juga baru teringat, masa mengandungkan dia saya terlalu suka dan berulang baca surah luqman..tapi anak yang lain saya baca juga Al-Quran cuma tidak terlalu kerap.Tidak bermakna anak yang lain kurang, masing-masing ada kelebihannya,yang mana saya tetap mendoakan semua anak-anak saya nanti menjadi anak yang Soleh, Solehah, taat perintah Allah,Rasul,dan Ibu Bapanya..aminn..
Bagaimana anak kedua? Abang ni dari aspek pencapaian akademik walaupuin tidak secepat kakak dia sebenarnya juga pintar dan smart.Setiap perkara dan keputusan yang dia buat selalunya tepat.Kami akan ikut rentak dan cara dia belajar kerana jika terlalu memaksa akan membuatkan dia rasa tertekan, takut dan melawan. Pada akhir tahun ini abang berjaya turunkan 10 angka dari mula-mula dia berhadapan dengan peperiksaan. Ini cukup baik dan sangat memberangsangkan.Saya benar-benar teruja dengan pencapaian dia dan sentiasa beri kata semangat pada dia. Ye lah, kami bukanlah orang kaya yang boleh memperuntukkan harta kepada anak-anak kecuali ilmu. Jadi kami perlu sedikit berkorban agar anak-anak mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Duniawi dan Ukhrawi.Saya teringat ketika saya belajar dahulu, ayahanda saya sanggup berhabisan wang asalkan saya dan anak-anak yang lain berjaya dan tidak jadikan alasan "gagal" sebab abah tak mahu keluarkan duit.
Oleh itu, dengan ekonomi keluarga kami yang sedikit kukuh, saya akan pastikan semua anak saya boleh menuntut ilmu dengan selesa tanpa gangguan..InsyaAllah..

Isnin, 22 November 2010

Sungkai lagi..



Ini cerita di sungkai lagi..gambar pertama tu anak-anak kami mandi manda di Kolam (ala-ala jakuzi)yang panasnya boleh di control, terletak di Tengah Villa kami. Masing-masing balik aja mandi kolam besar, terjun pulak kolam kecik depan villa..ada tu plak pagi sesubuh lagi diketuknya pintu bilik saya panggil anak saya mandi kat kolam ni.apa lagi bebudak ni, pakai baju terjun je le..yang kecik pun sama.Dan gambar sebelah tu, itulah sesi melulur muka.Dekat sana ada satu saluran air panas yang dalamnya ada lumpur dari sulfur dikatakan boleh melicin dan menegangkan kulit,apa lagi para ibu bapa sebuk nak menegangkan kulit (tak mahu terima hakikat yang masing-masing dah 30 an..) tapi saya? tak..saya lumur kat kaki dan tangan jek!risau juga sekali letak kat muka, bangun pagi muka macam Puntianak Sungkai!he,he...Tak adalah, saya sebenarnya geli dengan benda tu..tengoklah, macam Tuutt kan? opss...masa tidak mengizinkan, ada masa kita bersua lagi..Maaf andai terkasar bahasa..
Wassalam..

Aktiviti Cuti Sekolah-Sungkai Perak



Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam..bagi yang tak habis-habis lagi makan daging korban tu,henti-hentikanlah..dah naki 2kg dah tu, he,he.Bagi rakan-rakan, ibu bapa dan saudara mara yang menunaikan ibadah haji, saya doakan agar Haji yang diperolehia adalah haji Mabrur..Amiinn.Fuh, lama benar rasanya kita tak bersua di laman ini..sampai ada peminat setia blog saya (ceh,ceh..) call bagi tahu kenapa tak menulis lagi?bukan tak mahu menulis cuma sejak akhir ini kehidupan kerjaya saya terlalu sebuk,sampai nak menjengah blog sendiri pun tak sempat, hakikatnya banyak sangat aktiviti yang berlaku pada tempoh tersebut. Aktiviti yang paling best sepanjang ini adalah saya bersama keluarga rakan-rakan suami ke Felda Hot Spring, Sungkai. Kami menginap di Villa, 5 family yang join dan 3 villa yang terpaksa kami sewa.Pendek cerita kami sampai awal pagi, makan dan mandi-manda (syoookk sangat..) malamnya kami celebrate birthday party anak rakan, BBQ, dan game sedikitlah (rebut kerusi(anak), belon beracun,dan duduk atas belon)dan jam 12.00 pm hingga 2.am kaum bapa dan family lain main daun terup, tapi masa tu saya zzzz... Esok pagi sekali lagi kami dan anak-anak mandi, (sesi melulur muka..nanti ada ceritanya),dan makan tengahari beramai-ramai..akhirnya kami berangkat pulang jam 3.00 pm.

Next story??