Rabu, 13 April 2011

Layan gambar..



Seronok...

Aktiviti 2011




Assalamualaikum..

Tak tahu nak mula dan bicarakan apa..sebabnya rasa menagntuk dan kekenyangan yang amat sangat..layan gambar ni..

Khamis, 7 April 2011

Ngeteh jap (Tafsir Mimpi)

Di suatu malam yang dingin, dibulan yang penuh barakah Ramadhan al-mubarak, saya bermunajat sesungguh-sungguhnya kepada Yang Maha Mendengar,kerana tiada insan lain yang boleh saya kongsikan derita selain dari suami dan bonda.Mereka amat bersimpati dengan saya, namun meminta saya bersabar dan berdoa kepadaNYA semoga ada petunjuknya.

Ya Allah, terlalu berat dugaanku ya Allah. Aku diaibkan dengan cerita yang nista dikhalayak ramai dan di laman blog oleh insan yang Engkau ciptakan sama sepertiku.Budi yang kutaburkan, akhirnya tuba dibalasnya.Insan itu berpura-pura luhur jiwanya dihadapanku namun hatinya tidak senang dan menyimpan dendam yang amat busuk.ya Allah aku amat lemah untuk berhadapan dengan ini semua..Aku beritikharah kepada mu Ya Allah adakah benar keputusan yang ingin aku buat pada eso hari..

Selesai bermunajat dan sesak di dada kembali tenang, saya terus masuk ke bilik untuk melenakan diri kerana esok perlu bekerja seperti biasa. Sehingga termimpi ; saya bersama keluarga berada di suatu dusun buah-buahan yang dimiliki oleh seorang lelaki yang tidak terlalu tua atau muda..Sekian lama didusunnya, apabila hampir lewat malam saya meminta izin kepada penjaga kebun untuk pulang, lebih-lebih lagi apabila melihat kaki suami yang berdarah dek terluka..Penjaga kebun meminta saya bersabar dan tunggu..jangan balik lagi..tidurlah sini katanya..
Iya..saya menunggu dengan rasa yang amat berat hti kerana saya ingin meninggalkan tempat ini.

Keesokan harinya, sewaktu saya memandu ke tempat kerja..saya asyik teringat mimpi itu sehingga berulang-ulang..ya Allah..saya baru teringat bahawa pada malam itu saya beristikharah kepada NYA dan inilah petunjuknya..sama ada suka atau tidak saya kena akur setelah meminta petunjuk dariNYA.
Sejak itu, saya batalkan niat dan hasrat saya untuk menulis surat..dan sehingga ke hari ini saya masih sabar, menunggu, dan menunggu..

Wallahu'alam..

Ngeteh jap (Luhurnya Bonda)

Luhurnya Bonda..

Di suatu hari saya pernah menangis menghubungi bonda untuk menceritakan tekanan demi tekanan yang saya lalui di dalam menempuh dugaan di tempat kerja, hubungan dengan orang disekitar, fitnah yang bukan-bukan sehingga memburukkan semua nama saya,sehingga ada yang tergamak menulis sesuatu tentang diri saya di dalam blognya untuk tatapan rakan-rakan lain sedangkan saya tidak pernah sekalipun meninggi suara,sinis apatah lagi berkomunikasi rapat dengan hamba Allah itu.Bagaimana cara dia menilai saya sehingga demikian, adakah melalui kata-kata nista yang didengarnya dari mulut orang yang tidak bertanggungjawab yang bermuka-muka walhal dialah insan bertanduk yang sebenar.Saya ketika itu tidak tahu untuk salahkan siapa..

Bonda berpesan ;
Dahulu bonda pernah melalui dugaan yang maha hebat, ketika melahirkan anak yang ke-3, bayi perempuan itu pergi tidak kembali,tiada air mata yang harus disimpan, kesabaran demi kesabaran, akhirnya hati bonda berbunga kembali apabila disahkan hamil anak ke-4,bayi perempuan yang comel dan petah bercakap. Kuasa Allah melebihi dari segalanya.Apabila anak itu berusia hampir 3 tahun, bonda sekali lagi ditinggalkan.Kenapa aku diberi ujian sehebat itu? Tiada air mata yang perlu dititiskan lagi, siang,malam bonda menangis mengenang tidak terdaya dek badan menanggung ujian sehebat itu.Walaupun bonda telah mempunyai seorang anak lelaki yang comel,namun bonda teringi sekali lagi dikurniakan anak perempuan sebagai ganti..

Bonda bercerita;
Di suatu malam yang dingin,bonda bermunajat mohon kepada yang Maha Berkehendak agar bayi perempuan yang dikandungnya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan segala-gala harapan terhadap anak ini diceritakan satu persatu kepada Yang Maha Mendengar..pada 27 April 1976, lahirlah seorang bayi perempuan yang sehat, dan bonda berkata doanya dimakbulkan Allah kerana anak perempuan ini melalui satu fasa yang amat mudah sama ada dari kesihatannya, pendidikannya dan kehidupan berkeluarganya..

Pesan Bonda;

Bermunajatlah kepada Allah, cerita dan luahkan apa yang terbuku kepadaNYA kerana setiap ujian itu ada rahmatnya, mungkin tidak ketahui pada hari ini namun percayalah Allah itu Maha Adil dan doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan.

Bila difikirkan semula..Iya, dugaan yang saya alami amat kecil dan sekelumit berbanding apa yang bonda harungi. saya tidak sekuat Bonda.

Bonda ; saya tidak akan menyakiti hati bonda.Saya tidak mahu melihat bonda menangis kerana saya, seandainya ada tingkah laku dan tutur kata saya yang pernah membuatkan Bonda tersinggung..ampunkan saya Bonda.saya sedar, betapa bersih dan luhurnya doa Bonda buat saya sehingga kehari ini setiap perkara yang saya lalu dalam fasa bersekolah, belajar di Universiti dan kehidupan berumahtangga..semuanya amat mudah. Pada sejak itu, saya mula belajar erti kesabaran yang bonda miliki.Ya Allah, turunkan lah jua sifat Bonda itu kepada saya.Seandainya saya pergi dahulu dari Bonda..Bonda doakanlah yang terbaik jua buat saya..Wallahua'lam..

Rabu, 6 April 2011

Ngeteh jap (Qdees)



Assalamualaikum...

Lama betul saya tidak meninjau laman ini dan menulis, disebabkan tiada masa yang sesuai dan lapang. Sekarang sudah masuk bulan April, banyak betul cerita sampaikan tak tahu nak cerita apa dan yang mana.Tahun ni adalah tahun yang mana anak ke-3 saya (Arif) mula masuk tadika Qdees ketika berumur 5 tahun. Anak yang lain semua saya daftarkan ketika berumur 6 tahun.Kenapa yang ini 5? sebab saya mahu dia bergaul dengan kawan-kawan, maklum aja dari kecil dia tu duduk dalam kendong bibik.
Awal sekolah saya risau sangat dia tak mahu..tapi ok! tak nangis cuma apa yang membuatkan saya susah hati adalah bila time nak buat homework..Arif akan menangis bila dia tak boleh buat, dia akan cepat susah hati dan kata "Arif tak pandai mama.." sedangkan dia tahu. Mula-mula saya pujuk juga, tapi bila dah 3 bulan ni saya kena tegas sikitlah, bila dia menangis kata tak tahu buat..saya kata " tak apa tak payah buat, simpan aja kerja tu, esok teacher tanya Arif"..hasilnya? sangat ok..dia akan menangis dan buat sampai siap dan sempurna.Boleh pula tu. Tapi Arif ni memang ada usaha yang kuat, setiap hari bila saya balik aja kerja, tak sempat letak beg dia kata "Arif ada homework dan minta saya tengok dan ajar dia buat" bila malam sebelum tido dia minta saya dengar dia baca buku.Tahu sangat, kalau ada yang dia tak dapat baca pagi esok dia akan kata tak nak sekolah sebab dia tak boleh baca..he,he. Baru-baru ni ada parents day di sekolah..teacher dia kata Arif cepat susah hati bila tak boleh dan dia kata ramai kawan-kawan arif dah lancar banyak..Teacher tu bandingkan anak saya dengan anak orang lain yang memang dah masuk Qdees umur 4 tahun.Silibus Qdees ni memang tinggi, 4 tahun dah di ajarnya membaca.Dengan selamba husband saya kata, cikgu..apa jangkaan cikgu bila anak saya baru 3 bulan belajar yang start from zero..compare pelajar lain yang memang asas dah ada sebab belajar di usia 4 tahun? Mengelabah juga teacher Arif..saya pun jelaskan bahawa kesungguhan Arif untuk belajar dan tahu bila di rumah..sampai nak cuti balik kampung pun Arif yang ingatkan saya untuk bawa beg sekolah dia sebab dia ada homework..Saya ada pengalaman 2 orang di atas Arif, iaitu kakak dan abangnya..masing-masing berbeza.Saya tahu nak uruskan bagaimana dengan cara yang berbeza. Saya belajar ikut rentak anak-anak saya..dan pada perkara-perkara tertentu saya akan bertegas, dan ada tempat yang saya akan layan..Sebagai Ibu, saya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya..setiap malam saya berdoa semuga anak-anak saya dilindungi dari musibah,hati yang terang, dipermudahkan segala urusan, kesihatan yang baik dan anak yang soleh yang berjasa kepada bangsa, agama dan negara..

Ini gambar Arif semasa di Qdees...yang comel, rambut lurus dan putih..