Rabu, 30 Jun 2010

Ngeteh jap...


Sebelum mula bicara..aku nakciter skit..ngeteh tu apa..Ngeteh tu bahasa kat kg dan adik beradik aku ala-ala lepak kedai kopi lah, macam-macam ada..ok, kita berbalik semula pada isu nak citer dlm ruang ngeteh ni..hmm..pernah dengar "ibarat kaduk naik junjung, bak beruk dapat cincin?" gini le..lebih kurangnya kalau dulu orang tu tak ada apa-apa tapi bila dah ada kuasa lebih skit mcm lupa daratan lah(over acting)pernah jumpa tak orang cam gitu? tak kesahlah kalau kita ada jumpa ke tak kan..cuma kalau ada jumpa camna ye nak buat orang camni?pada pandangan peribadi aku lah..orang camni ramai juga sbb asalnya mungkin dia tak dapat apa-apalah sama ada kuasa atau kekayaan (latar keluarga susah ke hapa..) tapi bila ada peluang dia macam lepas dendam tau..dah boleh jadi juga kawan yang dulunya baik dia dah tak heran lagi dah..dan baiknya???ada skitlah..orang camni, orang yang baru kenal dia respek kot tapi yang dah lama mesti dalam hati cakap.."apa hal plak ni, hek elleh.." Moralnya, kita jangan jadi lagu tu lah..kena ingat asal usul, dan kalau ada kawan kita yang seakan-akan camtu..kita ingat-ingatkanlah..kalau mampu berilah nasihat tapi kalau tak mampu..selemah-lemah iman..diam aja..Tapi kesian kan orang cam ni? kau ada?? ...

oppss..dah nak pukul 8.00...tak boleh usik blog haa..office hour..

Isnin, 28 Jun 2010

Di tepi Laut, Alex


Haa..ini apa plak ni??terkepit aja...
Cantik kan pemandangan air laut yang bersih sampai boleh dilihat dasarnya..subhanaAllah..

Marriot Hotel, Egypt


Ini gambar kawan-kawan husband aku sebenarnya..cuma mungkin banyak keserasian antara kami menyebabkan aku tak rasa kekok bergaul..macam dah kenal lama. Lagi satu bila berada di negara orang, kita akan rasa sangat saling bantu membantu dan setiakawan..yang keruh bila-bila masa aja boleh jadi jernih..oh, ya..masa ni di hadapan Marriot Hotel, Egypt.


Kalau nak tahu inilah gambaran awal preparation yang kami buat.Bukan staf aja yang dikira menjayakan program ni tapi adik-adik tersayang ni juga..baiknya dia orang,Sangat mendengar,dan warak belaka..Mereka ni adalah pelajar Al-Azhar yang mendapat tajaan company husband lah..dan rumah yang mereka ni duduk ni adalah tajaan company iaitu satu bangunan, dibezakan aras aja antara lelaki dan wanita..Nampak adik-adik ni happy sangat bila jumpa kami katanya teringatkan kakak dan ibu bapa masing-masing.ye lah mereka balik Malaysia pun mana yang ada duit boleh lah setiap tahun.Tapi yang kurang sedikit?hanya salam di angin lalu sahaja..hu,hu..sedihnya..Yang pastinya juga sepanjang kami di sana adik-adik ini tak lokek membantu, apa aja yang kami mahu semuanya berebut nak teman..dan yang paling tak lupa Hafizz,,,anta memang bestlah hafizz..abis pak arab kat Khan Halili (ala chow kit le) dijualnya, sampai kami dapat beli barang dengan harga runtuh!dia bleh plak gaduh ngan Pak arab yang tak mahu jual harga murah..ingat lagi ayat dia.."jalan je kak..buat tak tau kejap lagi pak arab tu panggil lah..tawar semula harga.." eh, betul le..best!

Majlis Besar-Mesir


wau!! ini lah cerita yang tak sabar aku nak tulis...Inilah orang kuat Majlis ni, dan yang paling handsome berbaju hijau tu siapa??(husband aku lee..he,he..) Majlis ini amat bermakna buat aku maklum aja dekat dengan orang besar-besar..Walaupun majlis ni dianjurkan oleh company husband, jadi napa aku sebuk??ehh...aku pun orang kuat juga apa..sebelum majlis ini berlangsung aku ada jugaklah bantu persediaan acara majlis..bukan apa kecian kat husband,semua perkara dia nak kena fikir,jadi dengan ilmu yang tak seberapa ni, aku sharel ah..pasal kat ofis aku memang selalu le acara serupa macam ni..Dan yang berbaju coklat, tersenyum lebar tu bos husband aku..baik sangat orangnya tapi tegas..hari tu aku pun perasan dia memang nampak happy ye lah majlis yang direncanakan dari awal akhirnya berjalan lancar hanya dengan bantuan beberapa orang staf sahaja..terima juga kat bos sebab bagi aku ikut husband..sporting le..lepastu siap cadang kat kami jalan-jalan ke mana-mana, hotel,makan,kenderaan semua diuruskan..Semoga murah rezeki bos..Amin..
haa...ini di mana?tekalah..tempat ni kat Mesir memang terkenal sgt, kata orang kalau tak pergi rugi! ye ke? Tempat ni maxim namanya..kami tengok tarian gelek..adoii!!!geli geleman aku tengok perut mak arab menari (tapi cantik lah kan, hidung mancung, putih gebu dan montoks lagi..)tapi ini semua pengalaman dan anggaplah apa yang kita tengok tu budaya masyarakat di sana..ha,ha..cover lah skit..Tengok husband aku tu??memang tak pandang atas punya..ada berani??

Di Taman Indah..

hmm..selesai aja menjamu selera..apa lagi, main cak-cak kat pokok kurma dekat dengan taman Istana Raja Mesir..Tapi masa kami datang buah kurma satu habuk pun tarak..tak apa, dapat peluk pokok pun ok lah..kat Malaysia pun dah ada sekarang ni kan?

Kubu Qaitbay

Ini lah dibelakang kubu..biru itulah pemandangan laut, luas saujana mata memandang, masa tengahari sebenarnya tapi di Mesir ni panas terik bagai tak terasa dek tiupan angin sepoi-sepoi bahasa..apapun kena banyak minum air juga..
Selepas ke Perpustakaan..kami meninjau lokasi istana Raja Mesir suatu ketika dahulu.Semasa melawat tempat ni juga kami turut bersemuka dengan rakyat Malaysia yang lain (ikut pakej umrah)..wahh..rasa riiinduu sangatt...nak balik Malaysia..terutama ingat anak-anak (kakak, abang afiq, arif dan baby..)

Ahad, 27 Jun 2010

Di Alexandria-Library


Ini semasa kami melawat perpustakaan di Alex. Aku bersama suami..di awal pagi sampai tu,itu yang muka agak ceria, maklum aja kami bertolak pada jam 6.00 pagi..
haa..tengoklah muka kami yang kelihatan letih tapi best! sebab akhirnya sampai ke destinasi impian..di sini tempat firaun durjana..tapi dah tak adalah sekarang sbb dipindahkan ke muzeum di Mesir..kami pg gak sana tp gambar tak dibenarkn ambil..apapun bukan satu kebanggaan pun dapat tengok firaun cuma saja nak tahu piramid ni bagaimana binaannya..Sejarah dan Tamadun manusia terdahulu realitinya agak maju, tidak seperti manusia purba..