Jumaat, 30 Julai 2010

Shopping Baju Raya dan Pergi Dusun Buah


Salam semua...Esok mama kata nak shopping baju raya Kat Sogo lepastu pergi Jakel, cari kain..sempat ke tempah baju raya?tak pa,baju abah aja.Mama punya dah sebulan lalu tempah,afiq,arif dan baby plak beli siap aja..kakak??kakak kena tempah juga tapi kejap aja kan..Tema tahun ni tak tau lagi, mama ajak abah pakai oren,sebab baju mama yang tempah tu oren..tengoklah!Biasanya setiap tahun 5 pasang sorang,tahun ni tak tahulah..memang rabaklah poket abah..mama buat dekk jer..he,he..Lepastu ahad nanti abah nak bawa pergi makan buah-buah kat Dusun gombak..katanya ada air terjun,tapi kena bayar..nantilah kalau jadi,mama masukkan gambarnya. Abah suka jalan dengan family kawan-kawan dia masa di Sekolah lama,seronok juga sebab ramai family ada..dan paling tidak kawan-kawan abah ajak main badminton, sewa 4 court kat Puchong..lepas main semua family singgah kedai makan dan mesti ada yang sponsor.Kadang-kadang abah juga sponsor.. Tengoklah nanti camna!

Isnin, 26 Julai 2010

Baby lagi yee..Khas Untuk PU3


Baby masa ni nak bertolak kg Mama..Ingatkan dapat jumpa PU3, tapi dah tak ada..maklum aja..PU3 kan dah pandai melawa sekarang..Tok kata asyik sikat rambut je..Tapi nanti bila PU3 balik semula rumah tok kan,mesti cari sikat tak jumpa sebab baby suka sikat,bawak tidor,jalan-jalan..Tok sepuluh kali dah cari sikat dia.Mama beli sesuatu kat rumah Tok, jadi PU3 tengoklah..Itu aja yang mama kata mampu..InsyAllah ada rezeki lagi, yang lain pulak kan..Nanti PU3 tolong kemaskan rumah Tok ye...bagi cantik..kita orang boy...Mama....nak Shushuu...huwaa....(nangis satu taman komplen..)

Arif dan baby balik Kg Jumpa Tok Mat dan Tok Mah..


Yeaaa....balik kg jumpa Tok Mat..Sabtu baru ni pergi Benut Johor.Ingatkan tidor hotel sebab abah kata balik kg minggu depan, tapi mama pandai pujuk, Jadi abah kata balik Kg aja..jam 6.00 petang singgah kat Umbai, makan..lepastu terus balik kg mama.Tok pun tak tahu sebab mama dah cakap denagn Tok tak jadi balik minggu ni..Pu3 pun tak ade, balik kg Nenek dia.Mama kata nak pergi rumah nenek Pu3 jumpa Pakngah dan rembat rambutan sekali,nampaknya tak ada rezekilah..hujan dari jam 3 petang sampai ke malam (ahad)..malam tadi jam 8.30 malam baru bertolak ke Bangi..

Baby dan Arif suka balik kg Tok sebab ada banyak kuih yang free..lagi satu boleh main lawan-lawan sebab rumah Tok lapang..

Jumaat, 23 Julai 2010

Hero 3 dan 4


Mama beli buai macam ni nanti boleh?Itulah yang diminta bila kami berjalan rumah kawan husband baru ni.nak letak mana cayang oiii...(tengoklah...)

Tatapan


Termenung ingat siapa tu? kalau ingat sayang dan anak-anak ok lah tu!Anak-anak saya kalau abahnya balik ofis lambat..sebuk tanya "abah mana?"Kalau out station lagi penat saya nak menjawabnya.Heran juga sebab bila abahnya ada rumah, tak ada seorang pun merengek nak dukung ke hapa..Tapi kalau hari minggu semua ingat abah..nak jalan tak abah?Nak makan luar tak abah?Tapi ye lah..karenah anak-anak memang seronok dilayan,walaupun letih..

Ngeteh Jap (Taurus)


Betulke orang Taurus ni Pemendam dan sekali meletup, habis ? .Saya orang Taurus.Pendendam jauh sekali tidak, tapi pemendam tu boleh jadi dan meletus tu pun boleh jadi.Saya kalau tak puashati saya diam,diam,diam (cuba bersabar,tapi bilang hilang tahap sabar..memang orang yang kena dan berkenaan akan terasa.Maklum aja saya kurang pandai untuk bermain kata-kata..strait to point, suka atau tidak saya akan beritahu apa yang saya tidak setuju, soal terima atau tidak, terserah.Kita juga tak boleh paksa orang setuju dengan pandangan kita kan?
Kebiasaanya, dalam urusan kerja saya akan bertegas.Suka tak suka itu prosedur yang kita kena ikut, dan kalau ada aktiviti yang kita perlu buat persiapan awal perlu dibuat.Suka tak suka saya berleter tanya dah buat ke belum..terpulang, yang pasti saya akan pastikan semuanya mesti tersedia.Hishh..macam "Bossy" aja tu..kadang-kadang ya sebab kalau tak di arah siapa yang nak arah..khususnya bila kerja tu tak nampak persediaannya..Situasi ini saya akan buat bila akan ada program, sebab utama :
a) Kawan saya pernah anjurkan beberapa program,tapi disebabkan tidak ada unsur "bossy" ni program dia haru juga, itu tak buat, ini tak buat dan tenaga kerja di bawahnya boleh selamba..yang merah muka pada hari kejadian siapa?
b) Supaya semua orang tahu tugas masing-masing.Jangan sampai ada terkeluar perkataan "itu bukan tugas saya, atau itu saya tak tahu".
Dalam kita bertegas, perlu diterapkan kelembutan.Kelembutan itu tidak semestinya dalam berkomunikasi, kadang-kadang mungkin boleh jadi dari aspek pertimbangan..seperti beri izin kepada sesiapa yang memohon melalui kita.

Berbalik semula isu Taurus ni..Pendam, bukan bermakna kita tidak mahu berterus terang cuma kadang-kadang kesalahan pertama,kedua,ketiga pun kita boleh beri ruang..namun kalau sudah lebih dari itu..maaflah, tahap iman seperti kita ini, akhirnya terhambur juga kan?
Walau apa pun..kita hamba Allah yang lemah dan sangat perlu memohon kepadaNYA agar kita sentiasa dilindungi dari perbuatan dan perkataan yang tidak baik kerana mungkin tutur bicara kita akan membuat ada jiwa yang tersinggung, atau timbul rasa dendam dan boleh jadi juga akan mendatangkan fitnah..Nauzubillah..

Rabu, 21 Julai 2010

Ngeteh jap( Indahnya Syaaban..)


Bulan syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya : Allah swt melihat kepada hamban-NYA pada malam nisbu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan "kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah".
Ibadah pada malam Nisfu Syaaban :
a) sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud
b) membaca Al-Quran.
c) Banyak beristighfar
d) Bertasbih,bertahlil,bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur
wallahu'alam..

Mmmm....Kenapa saya letakkan gambar ABAH, dan apa kaitannya dengan Syaaban?
Sebabnya ABAH adalah orang pertama dari saya kecil sampai besar sentiasa ingatkan kami adik beradik tentang malam Nisfu Syaaban.Tu gambar dia pegang hp, memang sekarang dia mesej aja.."malam ni nisfu syaaban"..(sejak 3 tahun lepas dia dah ada hp..)jadi buat kanda,dinda yang baca blog ni..kalau nak ngeteh malam nisfu syaaban nanti, tengok muka ABAH ni...ingat-ingatlah..bukan muda lagi tu, dah pencen pun ada..
Ok, berbalik pada citer ABAH...hmm, sejak dia bujang sampai sekarang ABAH saya masih mengajar mengaji, anak-anak kampung kami.Sampai sekarang katanya dah mengajar cucu kepada anak muridnya..Dan Ahad malam Isnin abah mengajar agama orang tua-tua di masjid, Jadi itu sebab kalau nak ajak ABAH datang rumah kitaorang..kena pastikan cuti mengaji tu hanya sehari sahaj, dan balik hari AHAD siang, sebab ABAH nak gi masjid..ngajar..

Biarlah orang lain yang nak termuntah bila baca blog saya sebab puji ayah sendiri, tapi suka hati saya lah..sebab dia ABAH saya dan ABAH memang terbaik buat saya dan adik beradik yang lain., ABAH berjaya didik kami agar sentiasa bermuafakat, tak bergaduh dan irihati di antara satu sama lain.Ikutkan cerita arwah Tok saya, ABAH memang pandai dan kuat daya ingatan, cuma masa tu duit tak ada,jadi ABAH belajar pondok .Sehingga sekarang di Kampung "orang sebut Pak Chu Lan..orang kenal...En.Wan Samad lah tu..Bila menjelang malam Nisfu Syaaban ini juga..abah akan kata malam tutup buku.., sama ada dia hantar mesej,call atau suruh mak yang call..Tapi sekarang dia suka main mesej dengan cucu aja...

Kakcik sayang ABAH...Mak juga..

Selasa, 20 Julai 2010

Baby gunting rambut..



Baby kena gunting rambut sebab mama kata dah masuk mata..dan kalau lagi panjang rambut..lagi panjang akal baby..mama kata lah..tapi taklah, lagi pendek rambut lagi senang baby nak gerak,lompat tinggi sampai terhantuk kepala,nangis satu taman tanya bibik "buat apa kat baby..dera ke?" baby kalau nangis...macam kena cubit....kalau gunting rambut mama hantar kita orang kat Sek.15, Sammyhair saloon ..tak main mamak gunting ni..busyukk...Sebenarnya mama dan abah dah serik sebab masa tu hantar abang arif kita gunting kat mamak, tiba-tiba mamak tu terkena sikit kat cuping telinga arif..darah..abah mengamuk marah kat mamak tu..sebab abang arif bukan macam baby,dia kalau duduk diam..kalau jalan tak lari mana-mana, kalau letak kepala atas bantal terus tido,lainlah baby ni kan??

Kembara...



Husband request letak gambar dia masa naik train "Kembara Mahkota Johor".. seronok ye tinggal isteri dan anak-anak..hampir setiap tahun join Kembara ni..seronoklah katanya, makan pun best..tradisional Johor..

Sabtu, 17 Julai 2010

Ngeteh jap..

Boleh tak kita cuba bersangka baik?Ini apa yang orang lakukan kita dah fikir negatif.Terutama orang itu adalah orang yang kita memang tak suka.Sebenarnya seronok bila kita berfijkiran begitu sebab perkara tu akan sensasi,dn hangat medan perbincangan,khususnya masa sembang makan.Ha,ha..tapi sebenarnya seronok itu duniawi aja..akhirat kita kena tanggung tu,pertama mungkin apa yg kita andaikan itu tak betul,bila tak betul jadi fitnah,fitnah ke dosa mengumpat plak dan secara tidak langsung telah mengaibkan org lain,dan paling teruk akhirnya berpecah belah..huh,banyak nak kita kendong tu,Terbawak dek badan ke?Ini orang cakap sikit kita tafsirkan lain,orang email pun kita sensasikan..orang jumpa bos pun kita sebuk juga nak tafsir cerita.Macam ni lah..untuk spesis ini saya nasihatkan baik jadi orang yg jujur,tak pasti kita cakap tak pasti,dan kalau melibatkan urusan kita lebih kita call tanya kenapa,apa citer sebenar..baru kita dpt maklumat sbnr,dan kalau kurang berpuashati kita beri pandangan.Soal diterima atau tidak lain ceritalah,sbb msng-msng ada justifikasi..dan bermesyuarah lh dgn baik,bukannya musyawwarah akhirnya memecah belahkan.Bercakap benar sekalipun pahit..tak apa,mengaku itu kesalahan kita dan mohon maaf..supaya di akhirat nnt tidak dituntut.Ini bila ada rakan yg sokong sikit usul kita,seolah kita betul..ingat rakan kita pun setaraf kita juga,sebab rakan yg baik akan beri pandangan bagaimana kita harus harmonikan,dan perbetulkan..Saya lebih suka bertanya.Sebab pertama ingin tahu apa punca,yg kedua memberi ruang utk sy membela diri.Itu kalau ada saya rasa tak kena lah..tapi kalau saya dah kenal mmg feelnya macamtu,sy biarkan aja,buat tak kesah..selagi tidak menjejaskan urusan saya.Tapi dlm niat ikhlas kita untuk bertanya tu,ada juga yg putar belitkan. Cerita sehingga bila kita bertanya seolah menjadi satu kesalahan..Tapi sy tetap dgn cara saya "bertanya"..dan paling teruk kaedah yg saya buat adalah berdiam diri..bukan makna mengalah tp erti kata akhirnya sedarlah tu..

Jumaat, 16 Julai 2010

Kakak punya hadiah..

Ini kakak...dia suruh letak juga gambar dia masa dia dapat hadiah tahun 1,sekarang dah tahun 2..dapat nombor berapa???he,he...

Khamis, 15 Julai 2010

Kembar??


hmmm...main sampai berpoloh...nampak sebaya kan?nasib baik ada bibik yang bantu,kalau tak tak taulah nak uruskan hero-hero ni..That's why lah kalau ada kekurangan sedikit cara bibik jaga anak-anak saya buat dekk aja, sebab kita kena fikir,kalau nak sempurna jaga sendiri lah ye sebab ibu aja yang terbaik untuk anak-anak ni..Tapi situasi sekarang tak ada pilihan..Jadi boleh aja ya bik, asalkan anak saya awak tak tangan-tangan inn...

Birthday party


Ini masa sambut birthday party Afiq dan Arif (serentak) bulan 11 tahun 2009.Panggil lah kawan-kawan sekolah Afiq (Q Dees) dan jiran sebelah,depan, belakang..Buat kecil-kecilan aja..Adik beradik ada gak datang..yang tak datang Pak Ngah kat Kuantan sinun...yelah OKB lah katakan..
Tahun ni, kakak punya birthday dan baby kami sekalikan aja..kat kampung je, kebetulan ada semua balik..Kena pandai cari masa lah kan..semua balik baru hadiah banyak kan baby???

Riyaz Herritage Lagi..

Ini depan bilik di Riyaz Herritage..baru samapai jadi semuanya happy..bilik kami yang tingkat atas, itulah asyik dok kena tengok anak je takut nanti ada yang jadi Superman..Al-kesah, pada malam tu saya dengan husband kononnya lepas anak tido kami pergi jalan-jalan makan angin disekitarnya, tengok wayang, duduk tepi pantai, dan masa nak balik jam 12.00 malam lebih kurang..tiba-tiba ada seekor kucing yang bukan main garang (merah matanya).Saya rasa bukan kucing biasa maybe kucing hutan kan..sampai tercicir selipar eden lari..sebab???kucing tu macam nak terkam kami, sedangkan kami masa tu nak naik bilik..kucing tu plak betul-betul dok bawah tangga..Lastnya, husband cari kayu baling..baru dia lari lepastu mencelinap kami masuk bilik..ha,ha..(teringat pulak gelagat masa kecil kalau kena kejar anjing mesti cam tu kan)

Kesian kat Abang!



keciannya...abang Afiq kan?Main baling batu punya cerita..sekali kan dah pakai kopiah..sehingga sekarang abang pergi sekolah pakai songkok.Tak apa lah,kalau tak kena tak tau pulak rasa sakitnya ye..??

Rabu, 14 Julai 2010

Sekadar Beringat..

Bersihkan hati dengan zikir dan selawat.Jika rasa nak marah,tidak tenteram..berselawatlah,pandangan seorang ustaz di dalam ceramahnya.Boleh tak kita satu hari tidak bercakap hal orang?Tepuk dada tanya iman..Orang buat macam ni kita cakap,orang tak buat pun kita cakap,apa yang kita dapat?setakat puashati aja lah..Dosa sendiri tanggung haa..Lazimnya kita ni kalau bercerita hal orang tak ingat kiri kanan,seolah dalam dunia ni kita aja yang betul..Jangan lupa ada hamba Allah yang berada di kiri kanan mencatat..Dan kadang-kadang bila asyik nak bercakap hal orang je tanggungjawab yang sebenar kita lupa..kerja berlambak pun sanggup kita tangguh.Dapat pula yang melayan tu satu spesis..habislah..orang pakai baju apa,kasut apa,beg apa pun sebuk gak.Ada juga dalam perbincangan tak mahu bagi idea suka ke tak ke,tapi bila selesai aja..ada aja komen tambahan,wah hebat pulak suara dia dari dalam perbincangan.Camna tu?buat kata oghang Nogori..habih kan bogheh yo layan orang camtu..Tak boleh biar, kalau kita dengar kita kena tegur..Baru sahabat namanya..bukan apa tau, bila di sana nanti kita yang menyokong ni pun kena jawab..Bukan nak puji diri lah..saya dah mula menjauhkan diri dari aktiviti hodoh ni..kalau ada yang cerita ngarut saya diam jo lah..kadang-kadang cuba juga neutralkan balik isu tu..Maklum aja, usia dah 30 an ni tak minat benda-benda camni..Nawaiitu mesti jelas, bekerja kena fokus dan digalas dengan baik, urusan keluarga is no.1 le, dan kawan-kawan tetap saya doakan yang terbaik(mana yang ikhlas le)Yang berpura-pura tu tak apa..teruskanlah, saya juga redha!So far sekarang saya dah dapat sebahagiannya apa yang saya nak..Alhamdulillah..tapi ada satu lagi hajat untuk saya tunaikan bersama suami dan keluarga..(InsyaAllah...ada rezeki adalah..)kan?

Ok lah tu!



Gambar sapa ni??Inilah Saida kakak Siti.Actually husband Saida berkawan baik dengan husband aku (masa belajar UM),Saya memang dah kenal lama dengan saida sebelum dia jadi artis, sebab ada beberapa kali pergi rumah dia masa birthday anaknya, dan kahwin siti pun kami pergi,..,itu cerita lama..

Kat mana ni? ni masa ada reunion pelajar UM tak salah tahun ni..Kolej Zaaba, jadi masa tu hanya kami aja anak beranak duduk kat situ, so.. si kakak (baju merah) tu lah sebuk nak bergambar..

Riyaz Herritage

Ini gambar di Riyaz Herritage Resort, Kuala Terengganu. Masa ni cuti sekolah,jadi kebetulan husband saya ada kerja sehari di sana, jadi kami ambil kesempatan untuk bercuti dalam 3 hari.Hotel ni satu malam RM1,000.00 dan yang paling tinggi RM3+++ semalam, tapi kami dapat murah sikit sempena promotion, Untuk 1 hari tu boleh lah claim pasal kira bekerja, tapi yang 2 hari tu kira bayar sendiri lah.tak kan nak suruh company bayar plak kan...Apa yang best kat hotel ni? suasana yang nyaman, bilik yang luas, bilik air best, kolam sure mana-mana ada, ada wayang dewasa dan kanak-kanak..jadi adalah juga kami tengok wayang bila anak-anak dah tido..skrin dia tak sebesar mana pun..dan dekat dengan Pulau Duyong...malam bersantailah ambil angin.Makan boleh tahan, tapi kami suka cari makan luar sebab macam-macam ada..(laksam,nasi dagang,sotong goreng,nasi minyak,sarta,otok-otok)ada jual kat luar..Mana kakak???yang tukang ambil gambar ni le...itu yang abang buat muka hodoh tu..gerram betul lah..

My Heroes

haa??sapa berani buat mama kami??Jaga!!Jangan cuba nak sakiti hati mama kami tau..!!!

Bebeh...


haa...inilah saye,yang mama selalu sebut baby..besar kan?Mama panggil baby sebab saya lahir dekat dengan umur abang arif saya..he,he..supaya abang arif boleh bezakan saya dan dia..,sampai sekarang saya ingat nama saya baby..kalau panggil afif saya tak tau..Hobi saya sekarang ni tengok ultraman,walaupun kakak dan abang kata tipu..baju ultraman akan saya pakai setiap hari dan pantang kering, sampai semalam bibik suruh mama saya beli lagi baju tu ,4 helai tak cukup..Setiap hari saya kena gigit dengan abang arif..tapi saya kuat sebab saya boleh baling botol susu kat dia..Mama selalu tanya nak sekolah tak, saya nak,tak macam abang arif..selalu kata tak nak!baru ni aja dia kata nak ! sebab takut nanti mama masuk kubur..(huwaa...)Saya kalau nak buang...kat mana-mana pun boleh, kakak cakap saya ada banyak tandas awam..Tapi sekarang saya guna satu je..bawah meja makan..saya suka bawak sikat bila nak tidor..

Ngeteh jap (Sayang bapa ditangan-tangankan)

Baca surat khabar hari ini ?Ringkas cerita, kesah seorang bapa yang failkan tuntutan mendapatkan nafkah untuk cucunya dari anak lelakinya.Ringkasnya, si bapa terpaksa tanggung cucu berikutan anaknya (bapa kepada cucunya) tidak pernah memperuntukkan nafkah dan menjengok anak-anaknya..termasuk menjengok ibu bapanya sendiri.Tanggungjawab memberi nafkah anak-anak adalah bapa, dan adalah menjadi tanggungjawab besar anak lelaki menjaga orang tuanya.Sedangkan jelas Ayat Al-Quran dan Hadis Nabi menceritakan perkara ini, tetapi rupanya wujud di negara Malaysia yang aman permai manusia seperti itu?Betul ke cerita tu, atau kita dengar sebelah pihak aja?pada pandangan saya tak kesah siapa betul siapa salah tapi si anak ini telah menyebabkan orang tuanya menitiskan air mata..Ingat Hadis Rasulullah s.aw bermaksud "janganlah kamu katakan kepada kedua orang tuamu sekalipun perkataan Uhh"Ini kan pula??kaum isteri..kalau nak kongkong suami pun agak-agaklah, jangan sampai memutuskan silaturrahim, apatah lagi dengan orang tuanya..sebenarnya tuntutan si bapa di dalam Mahkamah itu sangat sedikit tidak sampai sebesar zarahpun berbanding tuntutan Islam kepada semua hambanya untuk Taat kepada Ibu dan bapa..
Renungkan..
*Rindu kat mak dan abah..InsyaAllah kakcik balik minggu ni atau minggu depan..Tapi setiap hari call tanya mak buat apa..he,he..



Makan..

hmmm..sekali sekala pekena makanan arab best gak!

Selasa, 13 Julai 2010

Ngeteh jap (Bila Pergi Tak Kembali)

11 Julai (Ahad) jam 8.30 mlm, Husband dapat msg bahawa rakan kami telah kembali kepadaNYA. Selepas solat Isyak, kami bergegas ke Hospital.Ramai rakan-rakan lain sedang menunggu untuk jenazaha dimandi dan dikafankan.Sebelum jenazah disolatkan, Keluarga arwah memanggil semua sahabat untuk menatap kali terakhir..Aku pergi juga beranikan diri bukannya takut melihat jenazah cuma tidak kuat semangat menatapnya.SubhanaAllah..wajah arwah memang tersenyum, sehingga menampakkkan giginya yang bersih..Jauh berbanding semasa aku melawat ketika beliau sedang menahan sakit.Wajahnya tu saling tak tumpah bila arwah bersembang dengan kami, dan tersenyum..Arwah ni pendiam orangnya, sangat berhati bila bercakap.Semasa bertarung dengan sakitnya, sedikitpun dia tak pernak kami nampak menahan kesakitan, sebab sentiasa senyum sambil melayan karenah anaknya yang ke-empat..Pada jam 12.00 malam, selesai disolatkan jenazah di bawa kerumahnya di Putra Heigh dan dijangka untuk dikebumikan pada jam 10.30 pagi..Esoknya aku dengan husband mengambil keputusan untuk ziarah sekali lagi jenazah kerana teringin melihatnya buat kali terakhir.Pada jam 10.30 (lebih kurang juga)Jenazah selamat dikebumikan..Aku yang paling tidak tahan apabila melihat wajah anak-anak arwah..,enangis,dan yang paling kecil yang aku kira paling rapat..langsung tak mahu dekat dengan kubur arwah, dan mukanya seperti menahan dan mencari sesuatu yang telah kehilangan..bila di sebut hal mummynya..dia seolah menahan dan mencari sesuatu..Betapa berat ujian si ayah nanti..
Dalam keseronokan kita melalui kehidupan, bekerja dan mempunyai keluarga..kadang-kadang kita terlupa yang kita PASTI akan melalui Kehidupan fasa ke tiga ini....yang mana tiada lagi harta dan anak di sisi,hanya amalan yang menjadi bekal,cuma kita tidak tahu bila giliran kita, adakah kita BERSEDIA itu?...

Jumaat, 9 Julai 2010

Ngeteh jap...(Hari Emosi)


Semalam aku dan husband dapat call dari kawan maklumkan yang kawan kami dah agak kritikal sakit di Prince Court Horpital.Kami bergegas lepas kerja ke sana dan dah sampai Jalan Conlay,dapat pulak call dari anak sulung yang menangis-nangis kata adik dia(Afiq) kepala berdarah kena batu di sekolah.Anak aku naik van sekolah, jadi masa menunggulah tu..Jadi kami decide patah balik ke bangi tapi waktu tu kemuncak jalan sesak orang balik kerja.Kami call jiran sebelah, minta dia tolong hantar anak aku ke Hospital An-Nur, Bangi..Nasib jiran ada dan dah balik kerja..Kami terus ke Hospital tengok Dr sedang jahit kepala..aduhai..napelah cergas sangat anak aku nii...terima kasih pada En.Amir (jiran) bantu kami sekeluarga)..Bawa anak balik dan badannya demam, malam tadi msg bos kata terpaksa nak EL hari ni sebab nak jaga dia takut lasak,dan badan macam panas..Bos bagi aja, tapi tak ada orang lain pulak boleh bantu aku punya kerja hari ini.Dah nak buat macam mana kalau ada macam-macam alasan..Tak apalah..Lepas Afiq dah tidi aku dan suami pakat juga pergi tengok kawan sebab rasa tak sedap hati..Ya Allah..berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tengok anak-anak dia yang kecil hati aku dah sayu,Tambahan dah dekat bulan Ramadhan..Ya Allah Engkau selamatkanlah sahabatku, dan kuatkan semangatnya,suami dan anak-anaknya untuk menerima Ujian dan takdirmu..Di situ aku terasa seperti ada semangat yang menyatakan Aku hanya menerima ujian yang terlalu kecil terutama di pejabat, namun ada lagi Insan lain yang Allah duga lagi maha hebat ujiannya..
Sampai rumah jam 12.00 malam, aku tengok Afik dah ok sehingga pagi ni..Aku pergi ofis, dan InsyAllah akan jalankan tanggungjawab bekerja seperti biasa..dan mungkin mohon balik awal sedikit untuk hantar dia ke Hospital (mengikut appointmet) katanya untuk cuci..

Khamis, 8 Julai 2010

Arif Hakim..(Camna mama???)


Ini anak-3 Arif Hakim..paling senang tidor..Kebanyakan yg jumpa dia kata pompuan..lepastu dia mesti kata arif boy lah..Mana yang-4?gambar dia mahall..sebab paling kecoh..tungguu..
Arif ni kalau nak naik kereta mesti nak duduk depan juga, jadi 2 orang atas riba..sekarang ni bila dah nak masuk 4 tahun (bulan 11)..kerja dia mesti cubit,gigit adik dia,terutama kalau adik dia nakal lah konon..siap cakap"ishh..baby,jangan buat tu!nanti ocaklah mama punyee.." Dia dari kecil duduk dalam kendong bibik, dan cakap dengan dia pun perlahan dan sopan..so, kalau nak marah dia jangan cakap kasar..kena berlembut baru dia dengar.Kalau kasar?dia merajuk lari kat mana-mana sudut..nangis,nangis dan nangis..lepastu baby plak ikut buat nangis gak..ayoo...bibik yang baru ni memang kelam kabut lah nak handle permata hatiku yang kian membesar ni..Baru ni kami bercuti, abah dia beli rotan (kebetulan ada jual)..siap demo lagi kat anak-anak sapa yg tk dengar cakap..piyapp...(gaya je lebih)..tapi aku tengok rotan tu jadi mainan arif..bila bibik tegur dia..dia ambik rotan ..piyapp..kat bibik..ha,ha..

Selasa, 6 Julai 2010

Ngeteh jap (Pendaftaran Pelajar Baru)


Ruang ngeteh pilihan kali ni adalah "Pendaftaran Pelajar baru ke Universiti". Aku baru ni turut hadir majlis pendaftaran pelajar di ofis, secara tak langsung lah..Dan pernah ada pengalaman pun urus kerja-kerja ni. Pelajar baru memang ramai, ibu bapa dari pelbagai kategori, nampak mewah, sederhana dan ada juga yang kelihatan susah..tapi masing-masing semua berseri-seri muka dari wajah anak sampai ke wajah ayahanda dan bondanya..ye lah, mungkin juga si anak ini seorang sahaja dari keluarganya yang masuk U atau anak yang pertama masuk U..apa-apalah..
Teringat ketika dahulu...
Aku melangkah ke U..wajah bonda, ayahanda, kanda,dan adinda semua di mata..hilang rasa penat belajar sebab..Yeah!!! aku berjaya woo...Aku dulu belajar suka study group, dan kadang-kadang suka juga bersendiri terutama bab nak hafal-hafal nih..dan yang paling aku ingat..bila balik kg, tanya mak..mesti buku atas katil berselerak..sebelum tidor..buku dulu lah..sebab vision masa tu, mesti masuk U..motivasi sendiri lah..tapi sekarang dh lain, banyak IPTA ada program utk naikkan semangat pelajar ni, jom masuk U lah, selangkah ke Universiti lah..semuanya bagus dan bermanfaat.
Apa-apapun, ingat..bila kita mula melangkah..berjaya dan mempunyai kerjaya,jasa ayahanda dan bonda jangan sekali, sekelumit dilupakan,terlalu besar yang mungkin tidak terbayar.Ya Allah, engkau sehatkanlah kedua ibu bapaku, panjangkan umur mereka, lindungilah mereka dari segala kejahatan manusia dan syaitan di muka bumi ini..Aminn...Tiada Keredhaan Allah tanpa keredhaan Ibu Bapa kita..Balik-balik ni, ingatlah..kita kat rumah dengan anak beranak makan apa malam ni, mak dan ayah kita makan apa agaknya malam ni????maggi???nasi goreng???kesukaan abah dari air tangan mak!

Spin

hah?gambar kat Egypt lagi..biasalah memang aku nak simpan kenangan semua di sini, dalam FB pun dah simpan..Pengumuman!!kenangan ni utk tatapan adik beradik ku aja dan tujuan blog dibuka pun untuk share dengan family.Kalau tetamu lain tengok..tak apa lah..nak kutuk pun suka hati lah..tapi sebagai tuan rumah ni, bila ada orang bertandang kita kena hormat dan beri laluan..tapi kalau tetamu buat hal???Tuan/Puan...sila lah keluar dari ruang ini kerana anda sebenarnya tidak diundang pun..(ayat yang paling baik dan hormat..) Tapi kepada tetamu yang walau tidak diundang,dan dia pandai meletakkan dirinya sebagai tetamu..ku hamparkan ruangan ini untuk kita berkongsi cerita,pengalaman dan gambar..Tafaddhal...

Isnin, 5 Julai 2010


wauu!!!aksi di Kubu Qaitbay..yang paling tak lupa di sini, bila tengok ramai sangat awek-awek arab "dating" aik!!aku ingat Malaysia aja gitu, rupanya kat sini pun ada daa...Jumpa aja anak-anak arab...Malayziaa....ape kabarrr....baikk....

Jumaat, 2 Julai 2010

Bercuti Lagi..


Gambar ni masa bercuti-cuti Malaysia, Hotel apa pun dah tak ingat...Bukan apa, anak aku pantang cuti sekolah, asyik nak ajak tidur hotel, mandi kolam..Jadi terpaksalah kami ikutkan juga,tapi tak selalulah..tengok masa kami jugak..Katanya bila balik sekolah nanti kawan-kawan lain semua kata jalan,tido hotel..budak sekarang..Husband aku jugaklah yang rabak poket!menginap,makan,minyak kereta..semualah..aku pun rabak gak!rabak membeli..shopping tu mesti lah..kalau dah berjalan namanya..tapi berjalan ni kalau lama pun tak best sangat, jadi asyik ingat rumah lepastu..bila balik rumah,wauu!!!rumah ku Syurgaku..dapat mandi, tidur,lepak dengan selesa..soal basuh kain,kemas serah kat bibik lah kan?tapi kalau tak ada bibik...sindri punya kerja haa...penat berjalan tak hilang dah penat lain plak..Apa-apa pun dok rumah jugak yang best!

Ngeteh jap...(Bila Kawan jadi Lawan)

Bila kawan jadi lawan?pernah dengar kan.Mak aku pernah juga bercakap "dengan orang ni kita baik-baik cina aja..sebab nanti kalau rapat sangat bila tersinggung payah", lagi teruk bila jadi musuh (lawan).Semua orang mungkin melalui perkara ni, faktor utama tak ada kejujuran,dan amanah di antara satu sama lain. Kadang-kadang bila kita ni stress msti nak cari kawan untuk luah perasaan, tapi ada sebahagian kawan mendengar dan memberi perangsang yang baik, at least dengar pun cukuplah kan?tapi ada satu jenis tu, disampaikan pulak pada orang lain, rupanya kawan kita ni dah lama tak suka kita..cuma berpura-pura, akhirnya baru kita tersedar dialah watak utama dalam pentas teater dunia.jadi pengadu domba,fitnah dan penambah ajinomoto cerita..Ada satu cerita..kawan aku lah, baru ni dia ada luahkan kat aku yang kawan dia aniaya dia,cerita hal tak baik tentang kawan aku pada orang lain dan yang tak tahan tu siap cakap "kononnya dia kenal sangat dgn perangai kawan aku ni" Tapi dia tak tahu ke yang kawan aku ni pun kenaallll sangat dengan perangai "pembelit " cuma tak sangka, kawan dia tu sanggup belit dia gak!Kawan aku tu pernah tolong B (kawan dia) masa tu suami B kemalangan, kawan aku ni dlm mengandung sanggup tergesa hantar B hospital, tunggu suami B sama dengan B gak, lepastu siap hantar B balik pulak rumah sedara dia, akhirnya malam jugak kawan aku ni baru dapat jumpa suami dan anak-anak dia..bukan apa kasihan kawan punya pasal.ye lah..kawan aku ni kata B masa tu dhaif juga kehidupan dia, suami tak ada kerja tetap..Tapi bila B ni dah ada nama sikit..eh,lain macam plak!kawan aku ni jenis lurus..dok cerita dan luah semua hal..rupanya baru tersedar si B dah jaja dan putar citer, jadi yang tak baik semua kat kawan akulah..Tak apalah,kita sebagai hamba Allah ni hanya berdoa agar semuanya berakhir dengan baik, cuma katanya dia tak akan maafkan semua fitnah B terhadap dia kecuali B tersdar dan mohon maaf.Ye lah..mungkin yang berlaku ada hikmahnya, kalau tak kita tak tahulah pulak kawan kita camna sebenarnya kan..Tapi sebagai ingatan, dalam berkawan ni,kita jadilah manusia yang ikhlas, kalau kita tahu ada orang tak puashati dengan kawan kita, sebagai orang yg hampir dengannya kita perlu maklumkan pada dia,dengan niat utk betulkan..ini kita pulak sama menambah..camna tu, yang tak tahan tu dia pulak lebih pada orang dok sama menghentam..aikk..mana tahan ada kawan camni kan, so, kawan jadi lawan lah..Iblis pun..bravo!
haa...ini lagi gambar kat piramid..banyak gambar kat sana, sapa yang dah bosan tengok tu tutuplah mata..

Khamis, 1 Julai 2010

Kak Nina ngan Abang Afik


Yang ini gambar kakak Nina ngan abang Afiq..shopping kat London...Alamanda..Gambar ni agak lama lah..setahun lalu.Kakak baru ni di sekolah agama periksa No.1, hari sabtu lepas aku sign buku report dia, tapi bila jumpa aja ustazah afik..haa???hu,hu....10 ke atas,20 ke bawah..malas nak tulis, bila tanya camna jadi gitu?dia bleh jawab"janji afiq bukan no yang last sekali..huuuu....Untuk keputusan periksa sekolah rendah plak, hari sabtu ni lah kena ambil.Jadi aku nak ambil result afiq dulu (maknanya kalau sedih bleh cover ngan result kakak, happy skit..kot lah)sbb takut jadi mcm ambil result sekolah agama tu, pg tengok kakak dulu dan baru aja nak happy dah longlai tengok result afiq..tapi takpa, sebagai mak aku tak pernah putus asa doakan semua kejayaan anak-anak, husband aku kata anak lelaki memang macamtu, kalau dia dulu balik aja sekolah campak beg pg main,tapi boleh jg belajar sampai masuk U..ye lah, macam abang aku semuanya tu, masa kecik dulu bukan main tahap kelembapannya, tapi bila dah besar..semua ada PhD...ni nak dapar profesor penuh plak ni...

Arif Hakim..

haa...tengok?tak sangka kan arif bleh plak buat camtu..aku pun terkejut,aku tak suruh pun..cuma cakap, arif buat lah gaya kat pokok..dia pun buat dan siap cakap "hah, camni,camni mama?"dengan suara serak nya tu..tapi kalau PU3 hebat lagi bergaya..kalah arif lah..masa ni masa cuti kat Kuala Terengganu..

Raya Tahun 2009

Ha,ha...kalau nak tahu..inilah gambar besar family aku.Gambar mak,abah, long dan anak beranak, bangah, joi (ops..abang joi) dan kebat (yang paling tak hensem)..dan gambar aku n family yang baju hijau tu..Kalau nak tahu gambar ni masa raya tahun lepas..aku jer yang tak ada kg masa tu, patutnya ade..he,he..patutnya memang giliran kat nogori dulu, tapi sebab kerja aku punya hal..aku trpaksa terbalikkan dengan rela..actually hsbnd aku heran gak psl apa kali ni gitu sebab timing jumpa kwn-kwn dia dah lari, tapi aku korban gak lah..so masa balik kat sana hari tu..semua kawan-kawan dia tak ada, sebab balik rumah mertua raya ke3 baru balik kmmn, tapi kami plak dah balik nogori..
Tahun ni???nanti aku telek dulu..ha,ha..tema baju?biru blom ada ngan oren...

citer pasal abah tadi..yang baju purple..mak abah aku saaangat baik,tegas dan penyayang..(tau lah semua mak bapak baik dan sayang anak) tapi tak kiralah..nak gak puji mak abah aku..Mak abah pandai ngaji sampai anak ke2 aku Afiq teruja ngan tok matnya..siap cakap, " mama! tak sangka ye tok mat tu sebenarnya ustaz."..ha,ha...tapi kan baru ni mak aku citer masa aku tinggalkan anak-anak aku ke mesir..afiq kan bila mak aku nak ngajar ngaji aja dia masuk bilik kunci..nasib baik cucu kan?kalau aku dulu buat gitu, bukan mak lagi yang ketuk.."pariah,pariah...abah aku confirm "piyapp...adoii! padan muka joi pasal cenekeh sangat..(tetiba aja joi)..mak aku kan kalau masak memang sedap giler..(nasi goreng tu cincai je aku tengok, tumbuk bawang pun tak hancur tapi sedapnya, hullamak..kalau gulai ayam?sampai kebat (adik aku yang tak hensem) gigit-gigit jari kaki..Anak sulung aku (kak nina) selalu cakap, mama masak sedap tapi kalau tok mah masak laagi sedap..mama kalau masak lempeng mesti jadi kodok(ada ke??itu maklong dia lah kelentong tu) tapi kakak aku kalau masak sedap gak..terutama ikan kembung sambal, laksa dan mee goreng mamak..kuih raya dia no.1 lah..Banyak lagilah citer mak abah aku ni..tak tertulis kebaikannya...Adik beradik? memang best..kalau aku ada masalah sebuk semua nak tau..ha,ha..(jangan marah ye kanda,dinda...nanti kena jual!) tapi betul..adik beradik aku satu perkara kami tak pernah mendengki satu sama lain..itu yang mak abah ajar dulu..susah ke senang ke kita orang share..tk dpt bagi duit dengar tadah telinga pun jadilah..kakak dan adik ipar??kamcing semua,baik dan paling best satu kapla haa...anak-anak sedara??mestilah comel belaka..yang besar dah tak comel lah..tapi still lawa ikut acuan..he,he..ok..by..

Kubu Qaitbay

Ini gambar hsbnd depan Kubu Qaitbay..kalau tengok dari jauh gitulah gambarnya..