Selasa, 13 Julai 2010

Ngeteh jap (Bila Pergi Tak Kembali)

11 Julai (Ahad) jam 8.30 mlm, Husband dapat msg bahawa rakan kami telah kembali kepadaNYA. Selepas solat Isyak, kami bergegas ke Hospital.Ramai rakan-rakan lain sedang menunggu untuk jenazaha dimandi dan dikafankan.Sebelum jenazah disolatkan, Keluarga arwah memanggil semua sahabat untuk menatap kali terakhir..Aku pergi juga beranikan diri bukannya takut melihat jenazah cuma tidak kuat semangat menatapnya.SubhanaAllah..wajah arwah memang tersenyum, sehingga menampakkkan giginya yang bersih..Jauh berbanding semasa aku melawat ketika beliau sedang menahan sakit.Wajahnya tu saling tak tumpah bila arwah bersembang dengan kami, dan tersenyum..Arwah ni pendiam orangnya, sangat berhati bila bercakap.Semasa bertarung dengan sakitnya, sedikitpun dia tak pernak kami nampak menahan kesakitan, sebab sentiasa senyum sambil melayan karenah anaknya yang ke-empat..Pada jam 12.00 malam, selesai disolatkan jenazah di bawa kerumahnya di Putra Heigh dan dijangka untuk dikebumikan pada jam 10.30 pagi..Esoknya aku dengan husband mengambil keputusan untuk ziarah sekali lagi jenazah kerana teringin melihatnya buat kali terakhir.Pada jam 10.30 (lebih kurang juga)Jenazah selamat dikebumikan..Aku yang paling tidak tahan apabila melihat wajah anak-anak arwah..,enangis,dan yang paling kecil yang aku kira paling rapat..langsung tak mahu dekat dengan kubur arwah, dan mukanya seperti menahan dan mencari sesuatu yang telah kehilangan..bila di sebut hal mummynya..dia seolah menahan dan mencari sesuatu..Betapa berat ujian si ayah nanti..
Dalam keseronokan kita melalui kehidupan, bekerja dan mempunyai keluarga..kadang-kadang kita terlupa yang kita PASTI akan melalui Kehidupan fasa ke tiga ini....yang mana tiada lagi harta dan anak di sisi,hanya amalan yang menjadi bekal,cuma kita tidak tahu bila giliran kita, adakah kita BERSEDIA itu?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan