Jumaat, 9 Julai 2010

Ngeteh jap...(Hari Emosi)


Semalam aku dan husband dapat call dari kawan maklumkan yang kawan kami dah agak kritikal sakit di Prince Court Horpital.Kami bergegas lepas kerja ke sana dan dah sampai Jalan Conlay,dapat pulak call dari anak sulung yang menangis-nangis kata adik dia(Afiq) kepala berdarah kena batu di sekolah.Anak aku naik van sekolah, jadi masa menunggulah tu..Jadi kami decide patah balik ke bangi tapi waktu tu kemuncak jalan sesak orang balik kerja.Kami call jiran sebelah, minta dia tolong hantar anak aku ke Hospital An-Nur, Bangi..Nasib jiran ada dan dah balik kerja..Kami terus ke Hospital tengok Dr sedang jahit kepala..aduhai..napelah cergas sangat anak aku nii...terima kasih pada En.Amir (jiran) bantu kami sekeluarga)..Bawa anak balik dan badannya demam, malam tadi msg bos kata terpaksa nak EL hari ni sebab nak jaga dia takut lasak,dan badan macam panas..Bos bagi aja, tapi tak ada orang lain pulak boleh bantu aku punya kerja hari ini.Dah nak buat macam mana kalau ada macam-macam alasan..Tak apalah..Lepas Afiq dah tidi aku dan suami pakat juga pergi tengok kawan sebab rasa tak sedap hati..Ya Allah..berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tengok anak-anak dia yang kecil hati aku dah sayu,Tambahan dah dekat bulan Ramadhan..Ya Allah Engkau selamatkanlah sahabatku, dan kuatkan semangatnya,suami dan anak-anaknya untuk menerima Ujian dan takdirmu..Di situ aku terasa seperti ada semangat yang menyatakan Aku hanya menerima ujian yang terlalu kecil terutama di pejabat, namun ada lagi Insan lain yang Allah duga lagi maha hebat ujiannya..
Sampai rumah jam 12.00 malam, aku tengok Afik dah ok sehingga pagi ni..Aku pergi ofis, dan InsyAllah akan jalankan tanggungjawab bekerja seperti biasa..dan mungkin mohon balik awal sedikit untuk hantar dia ke Hospital (mengikut appointmet) katanya untuk cuci..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan