Rabu, 14 Julai 2010

Ngeteh jap (Sayang bapa ditangan-tangankan)

Baca surat khabar hari ini ?Ringkas cerita, kesah seorang bapa yang failkan tuntutan mendapatkan nafkah untuk cucunya dari anak lelakinya.Ringkasnya, si bapa terpaksa tanggung cucu berikutan anaknya (bapa kepada cucunya) tidak pernah memperuntukkan nafkah dan menjengok anak-anaknya..termasuk menjengok ibu bapanya sendiri.Tanggungjawab memberi nafkah anak-anak adalah bapa, dan adalah menjadi tanggungjawab besar anak lelaki menjaga orang tuanya.Sedangkan jelas Ayat Al-Quran dan Hadis Nabi menceritakan perkara ini, tetapi rupanya wujud di negara Malaysia yang aman permai manusia seperti itu?Betul ke cerita tu, atau kita dengar sebelah pihak aja?pada pandangan saya tak kesah siapa betul siapa salah tapi si anak ini telah menyebabkan orang tuanya menitiskan air mata..Ingat Hadis Rasulullah s.aw bermaksud "janganlah kamu katakan kepada kedua orang tuamu sekalipun perkataan Uhh"Ini kan pula??kaum isteri..kalau nak kongkong suami pun agak-agaklah, jangan sampai memutuskan silaturrahim, apatah lagi dengan orang tuanya..sebenarnya tuntutan si bapa di dalam Mahkamah itu sangat sedikit tidak sampai sebesar zarahpun berbanding tuntutan Islam kepada semua hambanya untuk Taat kepada Ibu dan bapa..
Renungkan..
*Rindu kat mak dan abah..InsyaAllah kakcik balik minggu ni atau minggu depan..Tapi setiap hari call tanya mak buat apa..he,he..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan