Rabu, 21 Julai 2010

Ngeteh jap( Indahnya Syaaban..)


Bulan syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya : Allah swt melihat kepada hamban-NYA pada malam nisbu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan "kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah".
Ibadah pada malam Nisfu Syaaban :
a) sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud
b) membaca Al-Quran.
c) Banyak beristighfar
d) Bertasbih,bertahlil,bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur
wallahu'alam..

Mmmm....Kenapa saya letakkan gambar ABAH, dan apa kaitannya dengan Syaaban?
Sebabnya ABAH adalah orang pertama dari saya kecil sampai besar sentiasa ingatkan kami adik beradik tentang malam Nisfu Syaaban.Tu gambar dia pegang hp, memang sekarang dia mesej aja.."malam ni nisfu syaaban"..(sejak 3 tahun lepas dia dah ada hp..)jadi buat kanda,dinda yang baca blog ni..kalau nak ngeteh malam nisfu syaaban nanti, tengok muka ABAH ni...ingat-ingatlah..bukan muda lagi tu, dah pencen pun ada..
Ok, berbalik pada citer ABAH...hmm, sejak dia bujang sampai sekarang ABAH saya masih mengajar mengaji, anak-anak kampung kami.Sampai sekarang katanya dah mengajar cucu kepada anak muridnya..Dan Ahad malam Isnin abah mengajar agama orang tua-tua di masjid, Jadi itu sebab kalau nak ajak ABAH datang rumah kitaorang..kena pastikan cuti mengaji tu hanya sehari sahaj, dan balik hari AHAD siang, sebab ABAH nak gi masjid..ngajar..

Biarlah orang lain yang nak termuntah bila baca blog saya sebab puji ayah sendiri, tapi suka hati saya lah..sebab dia ABAH saya dan ABAH memang terbaik buat saya dan adik beradik yang lain., ABAH berjaya didik kami agar sentiasa bermuafakat, tak bergaduh dan irihati di antara satu sama lain.Ikutkan cerita arwah Tok saya, ABAH memang pandai dan kuat daya ingatan, cuma masa tu duit tak ada,jadi ABAH belajar pondok .Sehingga sekarang di Kampung "orang sebut Pak Chu Lan..orang kenal...En.Wan Samad lah tu..Bila menjelang malam Nisfu Syaaban ini juga..abah akan kata malam tutup buku.., sama ada dia hantar mesej,call atau suruh mak yang call..Tapi sekarang dia suka main mesej dengan cucu aja...

Kakcik sayang ABAH...Mak juga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan