Jumaat, 3 Disember 2010

Ngeteh jap ( Busy dan Penat)

Assalamualaikum...
Apa yang busy apa yang penat?ha,ha..just nak cerita dari minggu lepas lagi saya sebuk dengan kursus, penatnya pula dalam masa yang sama saya kena prepare beberapa kerja utama sebelum masuk awal tahun.esok, saya balik kg suami kemudian terus ke Kuala Terengganu menginap di Primula Hotel, sebab suami ada urusan di sana dan balik sini semula hari Rabu, jumaatnya pula saya perlu ke Fraser Hill..ahad balik, isnin kerja..Ke Fraser Hill sebab ada Bengkel Perancangan Strategik, tapi nasib baik dibenarkan bawa family so tak adalah asyik rindu kat anak-anak..Dan, Isninnya itu Hubby ke Singapore berkursus..huwaaa..nak ikut..Hubby memang ajak saya ikut tapi cuti dah tak banyak dan anak saya tinggal..tak apalah, tahun depan saya ada juga rancang nak bawa anak-anak naik fligt tp kena kumpul duit dulu lah..Nak harapkan duit gaji aja memang tak cukup nak bersosial, maklum aja anak dah 4, tahun depan 3 sekolah, 2012 semua sekolah..Baru ni saya berangan nak tengok adik ipar dan kakak ipar punya adik berkahwin di Teluk Intan, Perak.Tapi kita hanya mampu merancang..husband saya potong line lah..memang ada hal katanya dan minta saya ikut juga pasal dah book hotel di Primula. Di Riyaz dah penuh katanya, tapi tak apa di Riyaz kami dah merasa menginap 2 malam di sana, best tempat tu. Pada 14hb nanti saya kena beri ceramah kursus, skopnya senang ajalah, cuma nak kena prepare slide, dah pun saya siapkan..adik saya yang baik hati tu katanya dah tolong touch-up bagi cantik.Fuhh..lega.Bajet jabatan pun saya dah siapkan, so boss kalau balik dari UK nanti semak ajalah bajet saya tu..kalau ada pindaan nampaknya lepas balik nanti lah ye! ok, lah..rasanya musim bulan 12 ni semua orang sebuk kan? haa..adoihh terlupa lah, baju, kasut,beg sekolah dan peralatan sekolah 3 anak tak prepare lagi lah..

Jumaat, 26 November 2010

Ngeteh Jap (Hadiah Yang Lebih Berharga)


Assalamualaikum..
kali ini saya nak paparkan gambar anak sulung saya Afreena (kakak) yang telah menerima hadiah tempat pertama bagi peperiksaan sekolah agama (ABIM)dan di Sekolah Kebangsaan kakak dapat tempat kedua, syukur..Kakak ni memang setiap tahun menghadiahkan saya dan abahnya.Memang dia anak yang pandai, dan mendengar kata.Nakal sikit tu ada juga, tapi yang saya perasan bila saya marah dia tak akan melenting, paling tidak menangis senyap-senyap.Saya juga baru teringat, masa mengandungkan dia saya terlalu suka dan berulang baca surah luqman..tapi anak yang lain saya baca juga Al-Quran cuma tidak terlalu kerap.Tidak bermakna anak yang lain kurang, masing-masing ada kelebihannya,yang mana saya tetap mendoakan semua anak-anak saya nanti menjadi anak yang Soleh, Solehah, taat perintah Allah,Rasul,dan Ibu Bapanya..aminn..
Bagaimana anak kedua? Abang ni dari aspek pencapaian akademik walaupuin tidak secepat kakak dia sebenarnya juga pintar dan smart.Setiap perkara dan keputusan yang dia buat selalunya tepat.Kami akan ikut rentak dan cara dia belajar kerana jika terlalu memaksa akan membuatkan dia rasa tertekan, takut dan melawan. Pada akhir tahun ini abang berjaya turunkan 10 angka dari mula-mula dia berhadapan dengan peperiksaan. Ini cukup baik dan sangat memberangsangkan.Saya benar-benar teruja dengan pencapaian dia dan sentiasa beri kata semangat pada dia. Ye lah, kami bukanlah orang kaya yang boleh memperuntukkan harta kepada anak-anak kecuali ilmu. Jadi kami perlu sedikit berkorban agar anak-anak mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Duniawi dan Ukhrawi.Saya teringat ketika saya belajar dahulu, ayahanda saya sanggup berhabisan wang asalkan saya dan anak-anak yang lain berjaya dan tidak jadikan alasan "gagal" sebab abah tak mahu keluarkan duit.
Oleh itu, dengan ekonomi keluarga kami yang sedikit kukuh, saya akan pastikan semua anak saya boleh menuntut ilmu dengan selesa tanpa gangguan..InsyaAllah..

Isnin, 22 November 2010

Sungkai lagi..



Ini cerita di sungkai lagi..gambar pertama tu anak-anak kami mandi manda di Kolam (ala-ala jakuzi)yang panasnya boleh di control, terletak di Tengah Villa kami. Masing-masing balik aja mandi kolam besar, terjun pulak kolam kecik depan villa..ada tu plak pagi sesubuh lagi diketuknya pintu bilik saya panggil anak saya mandi kat kolam ni.apa lagi bebudak ni, pakai baju terjun je le..yang kecik pun sama.Dan gambar sebelah tu, itulah sesi melulur muka.Dekat sana ada satu saluran air panas yang dalamnya ada lumpur dari sulfur dikatakan boleh melicin dan menegangkan kulit,apa lagi para ibu bapa sebuk nak menegangkan kulit (tak mahu terima hakikat yang masing-masing dah 30 an..) tapi saya? tak..saya lumur kat kaki dan tangan jek!risau juga sekali letak kat muka, bangun pagi muka macam Puntianak Sungkai!he,he...Tak adalah, saya sebenarnya geli dengan benda tu..tengoklah, macam Tuutt kan? opss...masa tidak mengizinkan, ada masa kita bersua lagi..Maaf andai terkasar bahasa..
Wassalam..

Aktiviti Cuti Sekolah-Sungkai Perak



Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam..bagi yang tak habis-habis lagi makan daging korban tu,henti-hentikanlah..dah naki 2kg dah tu, he,he.Bagi rakan-rakan, ibu bapa dan saudara mara yang menunaikan ibadah haji, saya doakan agar Haji yang diperolehia adalah haji Mabrur..Amiinn.Fuh, lama benar rasanya kita tak bersua di laman ini..sampai ada peminat setia blog saya (ceh,ceh..) call bagi tahu kenapa tak menulis lagi?bukan tak mahu menulis cuma sejak akhir ini kehidupan kerjaya saya terlalu sebuk,sampai nak menjengah blog sendiri pun tak sempat, hakikatnya banyak sangat aktiviti yang berlaku pada tempoh tersebut. Aktiviti yang paling best sepanjang ini adalah saya bersama keluarga rakan-rakan suami ke Felda Hot Spring, Sungkai. Kami menginap di Villa, 5 family yang join dan 3 villa yang terpaksa kami sewa.Pendek cerita kami sampai awal pagi, makan dan mandi-manda (syoookk sangat..) malamnya kami celebrate birthday party anak rakan, BBQ, dan game sedikitlah (rebut kerusi(anak), belon beracun,dan duduk atas belon)dan jam 12.00 pm hingga 2.am kaum bapa dan family lain main daun terup, tapi masa tu saya zzzz... Esok pagi sekali lagi kami dan anak-anak mandi, (sesi melulur muka..nanti ada ceritanya),dan makan tengahari beramai-ramai..akhirnya kami berangkat pulang jam 3.00 pm.

Next story??

Isnin, 18 Oktober 2010

ngeteh jap (bajet 2011)


Assalamualaikum..,Selamat Pagi dan Salam Satu Malaysia...
Bicara saya pada hari ini adalah berkaitan bajet 2011.Kenapa, tak cukup ke hasil pembentangan bajet kerajaan baru ni? RM500 tu bonus? hmm..yang saya nak cerita bukan yang itu kerana pada saya..cukup RM500 tu boleh lah menampung keperluan, at least macam saya lepas lah separuh nak bayar duit yuran Taska anak yang 5 tahun ni.. syukur alhamdulillah...Bajet 2011 yang saya maksudkan di sini adalah bajet keluarga kami lah. Pada 2011, seorang lagi anak saya akan bersekolah 5 tahun. Semalam kami masih berfikir nak hantar Qdees (spt kakak dan abangnya) atau Smart Reader?? Whatever..duit deposit paling kurang RM1000 untuk pendaftaran kena adalah..Tahun depan juga bermakna tanggungan kami dari 2 orang bersekolah akan menjadi 3 orang. Termasuk duit van anak. So, mulai tahun depan saya sudah tak boleh nak berbelanja dan bermewah sesedap rasa. Keperlua anak-anak adalah paling utama buat kami. kalau boleh biarlah makan, pakaian dan keperluan sekolah anak mewah, jangan nanti buat kata abah saya, tak mahu lah bila besar anak-anak persalahkan kita sebab terlalu berkira utk pelajaran anak. Saya dan hubby memang sepakat iaitu kami tak mampu untuk belikan anak sebuah sorang rumah tapi kami cuba bagi pelajaran yang terbaik untuk mereka.Melalui pendidikan inilah kami berdoa anak-anak kami semuanya berjaya dunia dan akhirat dan mampu membina harta sendiri. Ada juga orang kata sukar anak ramai ni, sebab bajet selalu tak cukup, betul ke? Kalau tanya pandangan saya, Itu tidak menjadi halangan sebab apa yang saya perasanlah bila saya melahirkan si kecil..sama ada rezeki saya atau suami pasti berlebih. Itulah..anak tu kan rezeki juga..Jadi tak pernah sekali kami terdesak.Dan saya tak ingin mengeluh mempunyai anak yang ramai sebab pada saya isu kemampuan tiada halangan. Kebetulan rezeki saya, hubby juga seolah bersedia menampung keperluan kami pada tahun hadapan. Biasalah..kata orang anak ramai rezeki lebih. Yang penting keperluan anak saya pada hari dan masa akan datang perlu mencukupi. Tanggungan rumah, kereta akan berjalan seperti biasa..kecuali hubby tahun depan berangan sebuah lagi kereta..nampaknya kena sedikit adjusment lah..InsyaAllah..ada rezeki adalah..Wassalam..

Jumaat, 15 Oktober 2010

Ngeteh jap


Adakalanya Allah memberi sesuatu yg kita tidak suka dengan tujuan melihat sejauh mana kekuatan kita dlm menghadapi dugaanNYA, disebalik itu apa perkara yang kita suka belum pasti Allah suka... Kata-kata ini saya pinjam daripada seorang rakan yang mana memang amat menarik dan menyentuh jiwa saya. Saya kurang pasti adakah kata-kata ini sebenarnya tafsiran bagi sesuatu hadis atau bagaimana namun apa jua, ia amat memberi makna..Dalam kehidupan sebagai hambaNYA, kita sering diuji.Adakalanya ujian itu bagaikan tidak tertanggung dek badan namun akhirnya saat demi saat kita telah lalui dan alhamdulillah berkat kesabaran kita berjaya mengharunginya.Sebagai wanita, ibu yang bekerjaya sudah pasti saya kena tabah dan kuat dan bijak. Di Pejabat peranan kita berubah sebagai seorang Ketua, staf dan rakan kepada rakan-rakan di pejabat. Di rumah saya perlu lupakan watak itu kerana perlu menjadi seorang ibu yg penyayang dan sentiasa mendengar, peka kepada perkembangan anak.Selain itu sebagai isteri sudah pasti keperluan suami dan kehormatan diri juga di jaga.Dalam memainkan kesemua watak inilah kita sentiasa diuji yang ada kalanya kita mula tertanya "kenapa kita?" Namun sebagai seorang Islam kita harus sedar bahawa tanda kasih sayang Allah kepada hambanya juga adalah melalui ujian ini agar kita tersedar dari kesilapan dan belajar bersabar. kalau diikutkan hati,mati kalau diikutkan rasa binasa...Cuba lihat semula sejak akhir-akhir ini ramai umat islam sendiri dilaporkan telah membunuh diri akibat tidak tahan dengan ujian yang menimpa.Nauzubillah..Ingatlah setiap ujian Allah pasti ada penyelesaiannya..cuba kita duduk bersendirian, istikharah, tahajjud dan kembali kepadaNYA pasti ketenangan yang amat hebat akan kita perolehi. Saya pernah suatu ketika menghadapi ujian yang tak termampu saya tanggung berlaku ditempat kerja, siang malam saya memikirkannya, kata-kata semangat suami dan kejernihan serta ketulusan muka anak-anak seperti meminta ibunya bersabar, menjadi saya kuat dan sehinggalah pada Ramadhan yang lalu saya mengambil ruang untuk melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan, kerana apabila kita manusia sudah tidak mampu membuat keputusan, kita kembalilah padaNYA..saya menangis sepuas-puasnya di malam hari yang dingin, saya luahkan apa yang terbuku, saya ceritakan satu demi satu tekanan yang saya hadapi dan minta petunjukNYA..Alhamdulillah..selepas itu satu ketenangan yang sangat luar biasa saya rasai.....ya, itulah keputusanNYA..Sehingga hari ini pengalaman itu saya jadikan panduan pada masa hadapan sehingga akhir hayat saya..Di pejabat saya lalui segala-galanya dengan lancar disamping selalu berdoa " Ya Allah, jauhkan hambamu ini dari fitnah dan buruk sangka dari manusia dan Jin, lembutkan hati mereka yang tidak menyenangi diri ku dan jauhkan juga hati hambamu ini dari berburuk sangka kepada orang lain" Amin..

Selasa, 12 Oktober 2010

Ngeteh jap (Bekerja Untuk Siapa ?)


Salam dan Selamat Pagi..
saya ada 10 minit lagi masa untuk bekerja, jadi sempatlah untuk saya curi sedikit masa bagi berkongsi idea dengan pembaca. Di sini isu yang paling menarik perhatian saya adalah soal bekerja iaitu Bekerja Untuk Siapa..?? Organisasi atau Bos? kalau ditanya saya, mestilah untuk organisasi.Pertama organisasi inilah yang memilih saya bekerja di sini, bukan bos saya..sebabnnya bos saya sering bertukar-tukar. Keduanya, kalau kita bekerja atas nama organisasi kita tidak akan pernah rasa kecewa. Niat kita melaksanakan kerja untuk kemajuan organisasi, jadi sekiranya kita ditegur, disalahkan atau ditukar ke mana-mana kita tidak akan rasa kecewa malah perlu berfikiran positif iaitu apa yang berlaku adalah keperluan organisasi. Namun sekiranya untuk boss..kalau ditegur atau ditukar kita akan rasa boss tidak suka dan tidak perlukan kita. Di sinilah bermulanya "down motivated" dan hari-hari mendatang di organisasi adalah mimpi buruk buat kita.Tak kiralah siapa boss saya, yang penting apabila saya berada di sesuatu tempat..saya cuba menjadi yang terbaik dan kesayangan boss. Rasanya tak pernah lagi saya dipinggirkan oleh boss..staf? juga menjadi orang yang paling kuat di dalam hidup saya dan kerana itulah saya suka membimbing staf dan berterus terang ke atas sesuatu yang saya kurang berkenan dan selesa.Mungkin ada staf yang terasa dan menggambarkan itu satu tindakan negatif namun sekurang-kurangnya saya sebagai Ketua Jabatannya saya telah memaklumkan apa ukuran saya terhadap pencapaian staf saya.Tak salahkan, mungkin pada jangka pendek dilihat sedemikian namun fikirlah pada masa akan datang.saya juga manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dan mengharapkan teguran atau pandangan ikhlas orang disekeliling say. Berbalik semula isu organisasi atau boss tadi..Mungkin ada sebahagian kita terlalu agungkan boss sehingga apa yang dibuat semuanya betul, jadi prinsip bercakaplah benar sekalipun pahit itu tidak akan terlaksana, namun sekiranya untuk organisasi...Berusahalan untuk bercakap benar, ikhlas bagi kebaikan semua pihak..Wallahua'lam..

Khamis, 30 September 2010

Bergaya di Ofis Hubby



Hmm..Gambar ni saya ambil di ofis husband.Saja suka-suka sebab jarang sangat saya pergi lepak ofis dia. Tujuan ke sana? Bukan untuk ke sana pun, saya cuti untuk melawat abah di IJN, tapi saya tumpang hubby jadi dia bawa saya pergi ofis, lepastu jam 11 baru dihantar saya ke sana. Pada mulanya saya ingat nak pakai baju biasa aja, tapi hubby minta saya pakai kemas sebab di Pejabat dia ramai staf yang ditefur supaya berpakaian kemas.So, nak tumpang orang..ikut aja lah kan. Saya di IJN dari jam 11.30 sampai 11.00 malam..malam tadi lepas mandi terus tidorr...zzz..pagi ni saya pergi kerja lambat 30 minit, ahaks! sorry bos..

Selasa, 28 September 2010

5 Beradik (IJN Lagi)


Ini gambar kami 5 beradik, sedang menunggu giliran melawat ayahanda di IJN. Mak ada berdampingan abah. Jarang kami dapat berkumpul macam ini terutamanya abangngah yang tinggal di Kuantan. Biasalah bila dapat berjumpa macam-macam cerita yang keluar, teringat pula masa kecil-kecil dahulu. Bila celik aja mata saya hanya kenal dan tahu ada seorang kakak sahaja walaupun mak kata saya ada 2 lagi kakak tapi telah kembali kerahmatullah sejak kecil lagi.Sedih juga bila mak cerita masa dia kehilangan 2 anaknya yang ketika itu sedang manja..kuatnya mak dan abah menjalani ujian macamtu..
Kakak saya ni (kaklong) tempat saya meluahkan segala yang terpendam.Tapi selalunya dia yang banyak cerita sebab housewife, dari sekecil-kecil masalah..sampailah sebesar-sebesar masalah. Tugas saya mendengar, dan bantulah mana yang saya mampu.Kakak dan saya feelnya jauh sikit sebab saya ni tak ramah, dia ramah so ramai saudara mara yang lebih kenal dia kan? abang dan adik..hmm boleh satu kapla laa..cukup korum semua boleh jadi.ADik beradik yang ada dan tak ramai ini perlu bersatu. Bak kata pepatah air dicincang tak akan putus.Mungkin ada hati pernah tersentuh di antara satu sama lain, namun kita abaikan ajalah..dan bermaafan.cara hidup masing-masing berbeza-beza, macam saya dan kakak perlu juga menerima pandangan suami, tapi insyaAllah demi keluarga ini semuanya akan berjalan baik dengan kaedah yang berbeza..wasssalam..

Isnin, 27 September 2010

Ayahanda Di IJN (ngeteh Jap)

Salam lebaran lagi...

Pada 23 September yang lalu abah saya ditahan wad IJN, susulan kerap kurang sehat (sesak nafas) sejak bulan Ramadhan lagi. Semasa khutbah di pagi raya juga abah seperti menahan sakit, tapi digagahkan juga untuk solat Aidilfitri. Begitu juga hari-hari selepasnya yang mana saya dapat tahu abah pergi juga mengajar ngaji walhal semalam baru sahaja abang saya menghantar ke klinik disebabkan sesak nafas. Itulah abah saya, sangat sukar dan payah bila di rujuk ke hospital tapi kalau mak saya dan anak-anak dia sakit, cepat aja disuruhnya kami pergi hospital.Kebetulan sepanjang dimasukkan wad di IJN saya pula sebuk dengan program ofis (urusetia) kerja saya wajib saya selesaikan dan dalam tempoh itu saya sering berdoa agar abah stabil, sementara saya dapat siapkan semurna tugas saya.Alhamdulillah, apabila sempurna tugas, pada hari sabtu (walaupun saya terlibat program) saya mohon pengecualian tidak hadir untuk saya melawat abah di hospital. Pada Sabtu tengahari saya tengok abah masih lagi tidak selesa, tapi sehingga semalam (ahad)saya tengok keadaan abah semakin pulih. Mak adalah orang penting di sisi abah dan datang menjengok setiap kali melawat.Cuma kasihan juga bila mak tidak diberi untuk menemani abah sepanjangn di wad.Saya tahu perasaan mak dan abah tapi bila berada di CCU kawalan sangat rapi dan pesakit tidak dibenarkan banyak bercakap dan perlu banyak berehat untuk memastikan jantung berada di dalam keadaan stabil. Anak-anak saya punya rindu dengan tokmatnya tapi kanak-kanak tidak dibenarkan naik dan masuk di wad berkenaan. InsyaAllah hari Rabu saya ada apply cuti untuk melihat abah seklai lagi dan saya doakan abah semakin pulih dan boleh berada di dalam keadaan selesa.Adik beradik semuanya ada di sini, dan kami bergilir-gilir menjengok abah..
Wassalam..

Rabu, 22 September 2010

Lebaran Lagi..di Aidilfiti..



Ini makanan orang Pantai Timur juga.Sebelum balik Bangi suami aja kami singgah di Kuala (kira tempat lepak kita oranglah bila ke sana) makan otok-otok, sarta, pulut panggang dan mee colong (first time makan) tapi boleh tahanlah..bahan nampak simple tapi kuah dia ada ummph..Sampai di Bangi dalam jam 11.30 malam..esoknya saya kerja..biasalah, kalau dah makan gaji kan?

Aktiviti Lebaran Aidilfitri 1431H



Hari Raya Ke-7,beraya di rumah MB Terengganu. Punyalah ramai yang berkunjung..makanan pun macam-macam ada, tapi selera Pantai Timur le..ada artis?tak adalah. Pentas tu siap ada persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan.Masa dia panggil anak-anak,anak saya dengan sepupunya sebuk nak tonjolkan bakat termasuk si kecik (baby) yang terselit tu. Abangnya Arif (4 tahun) memang tak berani nak join dan libatkan ramai orang...saya makan pun skit jer..sebab masakan yang dihidang semuanya saya dah rasa sepanjang berada di Kemaman.Pergi rumah saudara ini nasi dagang, nasi minyak, sate,laksa putih..hampir sama jek.Sekarang memang kena start diet baliklah..

Khamis, 9 September 2010

Salam Lebaran 1431H


Assalamualaikum..

Kepada rakan-rakan dan pembaca setia blog saya, di sini saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua.Mungkin ada tutur kata saya di sini mengguris mana-mana pihak yang mungkin tanpa saya sedari. Sebagai hamba Allah yang lemah dan lupa, bermulanya lebaran baru ini kita lupakan segala persengketaan dan rapatkan ukhwah agar islam terus kukuh dan gemilang..wallahua'lam...

Wassalam..

Rabu, 8 September 2010

Menjelang Aidilfitri 1431H


Dam-dam dum, bunyi mercun..haa, inilah nikmatnya zaman kanak-kanak apabila dapat main bunga api.Anak saya ni pun minggu terakhir ramadhan saya belikan juga.Memanglah kalau ikutkan undang-undang sekarang tak boleh main bunga api tapi saya sebenarnya tak mahu tengok anak saya ketinggalan saat-saat manis di zaman kanak-kanaknya, menjelang Aidilfitri.Tapi mecun..memang saya halang 100%..bukan main seronok tengok dia orang main, teringat dizaman kanak-kanak saya, bunga apa tak selalu abah beli tapi kami main polong (bukan hantu).Surat khabar yang kami bentukkan tiga segi, bakar dibunya dan akan naik bersama api..kami ramai-ramai sebut" naik, naik, naik..yeaa.." semalan saya ceritakan hal tu dengan anak-anak..semuanya nak test mainan tu camna..nantilah ada masa di kg esok saya ajak dia orang main..sekarang masa berlalu begitu cepat..kira tengok aja lah anak-anak main kan??

Persedian Terakhir Aidilfitri 1431H


Haa..inilah persediaan terakhir saya menjelang Aidilfitri..gunting semua rambut anak lelaki saya (minggu lepas).Anak perempuan tak mau gunting..huh..legaa..maklum 2 anak kecil saya tu rambutnya panjang dan potongan bulat pasal abahnya suka tengok muka anak dia bulat, jadi bila potong pun dia nak potong bulat,confirm yang ketiga (Arif) macam perempuan..hu,hu..

Selasa, 7 September 2010

Tragedi Ramadhan 1431H


Salam Ramadhan..Kali ini saya nak cerita tragedi ramadhan tahun ni, yang ketika itu my hubby tiada bukan sahaja di rumah bahkan di Malaysia..Anak saya ke dua-duanya masuk hospital..demam kuat. nasib baik ada adik dan abang yang sudi datang membantu sepanjang kesulitan yang saya alami. Selama 3 hari 2 malam duduk hospital (KPJ Kajang), alhamdullillah sepanjang di hospital ada juga yang sudi menjengok anak-anak saya iaitu mak, abah, abang long sekeluarga, abang dan adik yang dok Cheras!dan abang yang berada di Kuantan tak putus-putus menelefon tanya khabar berita,termasuk kawan2 husband.Masa berada di rumah pula saya mendapat mc selama 1 minggu untuk menjaga anak kata Dr, staf juga ada datang ziarah..terima kasih kepada semua kerana hanya Allah yang mampu membalas sesuatu yang terbaik buat kalian..Husband balik pagi selasa dari Argentina..hu,hu..perasaan sedih saya kongsikan juga, maklum lah semasa anak sakit saya duduk dihospital menahan lapar (sebab nak tanya nurse pasal makan segan..) kalau ada husband mesti dia carikan makanan..sehinggalah mak abah datang bawak bekalan..huh, tak toleh kiri kanan saya ngap,ngap aja..begitu juga esoknya..tapi apa pun saya memang mampu tahan lapar sebab bila tengok anak kurang sehat, nafsu makan pun kurang..lagi satu fikir 2 anak kecil yang tinggal di rumah..tido dengan mak abah saya.Bila husband sampai..huh, lega bukan main..panjang akal saya lepastu..itulah, kata orang bila sentiasa bersama sesekali berpisah..apa-apa berlaku semuanya buntu...Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik buat keluarga saya, orang tua dikampung dan yang lain-lain..Aminn...

Khamis, 2 September 2010

Berbuka


Salam Ramadhan...

Baru ni kami sekeluarga balik Kemaman Terengganu.Biasalah hubby saya bising kata bila nak berbuka bersama ayahandanya pula..so, balik lah sekejap..sabtu, dan ahad balik sini..Di kemaman memang bermacam aneka dan juadah.Kaya dengan kuih muih dan pasar pun banyak.Sepanjang berada di sana tak pernah lah saya masak. Tapi bila nak balik hari tu, hubby ajak balik petang dan kami berbuka aja di Legend Resort,Cherating.Emm..boleh tahan masakan kat situ.Tapi kami tak boleh nak lama sebab terus nak bertolak ke Bangi..esoknya pulak kerja.gambar atas tu, arif sedang menikmati sate, masuk aja kereta terus lelap..

Rabu, 18 Ogos 2010

Sikat Tok Mah..


gambar ni baby tido malam tadi.Mama shoot masa sahur..sikat baby pegang tu adalah sikat Tok Mah, setiap kali balik kg, baby bawak sikat Tok dan sampai aja rumah bangi, sikat Tok pun hilang..Jadi Tok, kalau dengar aja baby balik..tok belilah sikat lain..by..

Selasa, 17 Ogos 2010

Berbuka Dengan Mama jer..


Salam Ramadhan...Ini gambar kakak yang bersiap nak ikut mama dan abah pergi Tarawikh di Suarau Madani, Bangi.Kakak pakai telekong pink ni, hadiah dari kawan mama..auntie Yus..beli di Bandung,thank you Auntie..Lepas terawikh kakak, mama, abah dan afiq mesti duduk sekejap makan masa moreh..kat surau ni ada orang letak macam-macam kuih dan air kotak.Balik rumah aja makan lagi, kuih yang abah beli kat pasar..tapi dalam minggu ni..kami tak pergi terawikh le..sebab abah dalam seminggu ni ke luar Negara, (argentina)selasa minggu depan baru balik.Malam tadi mama dah teman abah beli barang makanan dan beg galas.Ye lah kat sana susah nak cari makan yang halalan toyyiban.jadi mama suruh abah bawa biskut, maggi dan serunding untuk dimakan dengan roti.Abah kata ikut sekarang di sana katanya masa siang pendek, jadi senanglah sikit berpuasa.Abah kata juga perjalanan dalam 22 jam,tak apalah..abah tido ajalah sebab kelas business ni selesa sikitlah.Mesti tak meriah rumah bila abah tak ada..masuk tidor pun awal,sebab mama tak tau nak bersembang dengan siapa kalau abah tak ada.Nak pergi terawikh tak syok pulak bila abah tak ada kan? Walau apa pun, kakak dan adik-adik tetap doakan abah selamat pergi dan balik.Kami semua sayang dan rindu kat abah..

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ngetih Jap

Salam Ramadhan,hari ini hari ke 4 kita berpuasa,dan dalam bulan ini juga masjid di negara kita penuh dengan saudara seagama kita kan?Tarawikh.masa ni juga kalau area bangi tu,parking kereta area masjid mmg penuh.Di ofis sy pula ada program Tadarrus,start jam 1.30 petang..ye lah drpada tak buat apa kan? Sempena ramadhan juga jalan kat rumah sesak le..berebut_rebut nak balik.Tapi yg paling best tahun ni buat pertama kalinya ofis saya boleh balik awal..4.30 pm..terima kasihlh kat Management..Tapi ada juga yg sy sedihkan bulan puasa ni..minggu depan my hubby nak gi Argentina..walau seminggu je tapi kami anak beranak memang sunyilah kalau abahnya tak ada.Bila balik kerja husband biasa Akan beli masakan di luar,dan kuih muih..tak masak ke?masak...tapi satu dua jenis je masak untuk simpan sahur,yg lain makan menu berbuka lah.Walau apapun sy sebagai isteri doakan suami saya selamat pergi dan balik..hu,hu....sebut bulan ramadhan ni, sy harap juga sesiapa yg terasa hati dgn sy samaada tutur kata dan perbuatan,saya mohon maaf,maklum aja..saya ni kalau bercakap suka berterus terang..dan kalau bekerja..peraturan pentadbiran sy cuba penuhi.Mana tau kot-kot ada idea dan pandangan sy diterima tetapi ada yg tak diterima oleh org lain?kalau yg itu... bukan hak sylah utk paksa org supaya kena terima atau jgn terima.Sebab pada sy kalau idea itu betul..pasti diterima.Jika itu punca kpd insan-insan lain utk tidak suka sy,atau kata sy tlh buat aniaya....aduhai,lawaklh plak..to be positif lh..dlm bekerja ni kdng2 itulh realitinya.Yg pasti tidak semestinya apa yg kita mahukan kita dapat! Sempena bln ramadhan ini juga sy adalh email staf utk salam kemaafan..kalau ada sy buat salah..sebab sy tk pernah terlintas selama bekerja utk sakitkan hati org,sbb tak ada apa faedah yg sy dapat pun..nak kata sy bekerja utk cari nama..??bukan spesis sy tu.yg sy ingt janji ada kerja kan?smpai hsbnd selalu kata pencen gred skrg ni pun oklah..sbb katanya masa sy sebuk cari kerja dulu tk ada niat nak lebih-lebih kan? Kalau org terasa tu mngkin sbb banyak idea saya diterima pakai..what can I do? Sy pulak hanya menyampaikan pandangan..diterima mngkin ada kemunasabahannya...Jadi,salam kemaafan sy ikhlas pd semua sbb msti ada yg sy tk sedari..tapi yg sengaja nak cari pasal mmg tk adalah..Kalau ada yg bermasam muka tu..sy pun tk kesah sbb sy tk tahu apa pulak masalahnya..mungkin ada masalah di rumah lah tu..terbawa ke ofis..Actually mana-mana tempat gitulah,tak ada org suka ketua ni..sampai hsbnd prnah buat lawak,katanya staf kalau berkumpul serba sedikit kutuk bos..he,he..wallahu'alam..Tapi hubungan sy dgn kawan-kawan alhamdulillah..kami profesional aja,kalau tak setuju kami berterus terang,dan cari penyelesaian..Sempena ramadhan juga,yg best sy dah susun jadual diet..lately badan sy semakin naik le..rasa banyak baju sendat..tapi tak adalh nak kurus sgt cuma asalkan sy bleh sarung baju sblm ni kira ok lah kan..husband plak dia ok je,sbb masa kenal sy dulu mmg sy ni jenis bulat..he,he..oklah..diakhir kalam,kepada pembaca ruangan blog saya ni..sempena bulan mubarak ini juga sy mohon maaf, semoga amal ibadah dpt kita tingkatkan..dan diteria Allah hendaknya..Aminn...

Isnin, 9 Ogos 2010

Kolam Aipr Panas,Sungkai


Haa..gambar ni dekat dengan kolam air panas di Resort tu.Tempayan besar ni kira hiasan aja, dalamnya air sejuk.Kolam air panas ni kat tepi lereng suam sikitlah..tapi ni;a sampai kat hujung..memang sedap berendam..sampai berpeluh muka,tapi still kita boleh tahan lagi..ops! saya bukan promoter hotel ni just share apa yang best kat sana aja..Yang tak best? ada..banyak Nyamukkk....

Santai Bekerja


Kali ni gambar saya bersantai di Felda Hot Spring Resort, Sungkai, Perak.Sebenarnya pergi tu ada urusan rasmi pejabat..ber"meeting" sambil tu sempat lah saya pose skit.Saya dengan staf bukan main seronok lagi.Tempat ni nice sangat bila bawa family.Ada air kolam air panas, sejuk, ada juga tempat rebus telor???(ayam).Harga?boleh tahan tapi disebabkan ok, saya rasa boleh aja lah kalau sesekali nak bawa family kan? Dekat sini kita boleh lah kenalkan dengan anak-anak juga pokok sawit..Time kami peri time durian dan buah-buahan..apa lagi lah kan? Di sini ada beberapa Vila yang siap dengan jakuzi..Mana yang duit terlebih tu boleh lah lepak Vila..

Rabu, 4 Ogos 2010

Seronoknya Mandi..


Bukan main seronok abang afiq main air..baby pun cam tu juga, dia paling awal tukar baju,tapi abang arif??asyik nak berkepit dengan mama,kalau mama tak turun tak ada lah dia nak mandinya..kakak??haa..samalah dengan abang Afiq.Yang baju biru montel tu..anak kawan abah..Ziyad abang Afiq panggil.Lepas makan mandi,lapar naik balik,mandi..camtu lah kerjanya..sampai rumah lapar lagi..ken lah pulak beli makanan...

Selasa, 3 Ogos 2010

Bersantai mandi dan Makan buah-buahan..


Pada ahad lepas inilah aktiviti kami pergi ke sebauh Dusun di Gombak, makan buah, barbeque dan mandi manda..Bukan kami aja tetapi bersama keluarga rakan-rakan yang lain.hampir 55 orang yang ada...kaka dan abang Afiq sampai pucat tangan tak mahu naik-naik..Bayar?tak mahal, satu keluarga kami+bibik, RM100.00 je.Buah durian memang segar, baru jatuh kami ngap..rambutan, langsat, ada pulak pagi tu sponsor nasi lemak dan bihun, tengahari buat barbeque..Alhamdulillah rezeki memang berlebih.Pagi kami sampai dalam jam 10.30 pagi..balik? lebih kurang jam 3.30 petang. Gambar ni masa temankan anak-anak mandi dengan suami..saya teringin juga..tapi bila fikirkan kena salin baju..tak payahlah..

Isnin, 2 Ogos 2010

Penat Shopping


Penatnya kakak shopping baju raya dengan adik-adik, mama dan abah.Pergi pukul 3.00 pm, sampai Sogo 4.00pm? kenapa lama..jalan sesak, semua orang nak ke Sogo ada sale.Mama kata tak kesah ada sale ke tidak janji mesti beli sebelum puasa..nasib baik sampai ada parking,dah rezeki.Cari baju 4 pasang sorang abah kata, termasuk seluar dan sepasang kasut seorang,paling mahal kasut Arif le,lebih mahal dari kasut mama..kakak belum beli lagi kasut..ingat nak cari kat Alamanda.Baju Melayu belum shopping lagi,Abah kata nanti cari kemudian sebab tunggu abah beli dulu warna apa..baru we all follow..kakak keluar aja sogo..dah malam??makan kat luar lah nampaknya..Gambar kat atas tu depan rumah lah..baru balik, keletihan.Abah kata esok kena bangun pagi juga sebab nak berkhemah kat Gombak sambil makan buah..alamak...sian mama tak boleh bangun tidur lambat..

Jumaat, 30 Julai 2010

Shopping Baju Raya dan Pergi Dusun Buah


Salam semua...Esok mama kata nak shopping baju raya Kat Sogo lepastu pergi Jakel, cari kain..sempat ke tempah baju raya?tak pa,baju abah aja.Mama punya dah sebulan lalu tempah,afiq,arif dan baby plak beli siap aja..kakak??kakak kena tempah juga tapi kejap aja kan..Tema tahun ni tak tau lagi, mama ajak abah pakai oren,sebab baju mama yang tempah tu oren..tengoklah!Biasanya setiap tahun 5 pasang sorang,tahun ni tak tahulah..memang rabaklah poket abah..mama buat dekk jer..he,he..Lepastu ahad nanti abah nak bawa pergi makan buah-buah kat Dusun gombak..katanya ada air terjun,tapi kena bayar..nantilah kalau jadi,mama masukkan gambarnya. Abah suka jalan dengan family kawan-kawan dia masa di Sekolah lama,seronok juga sebab ramai family ada..dan paling tidak kawan-kawan abah ajak main badminton, sewa 4 court kat Puchong..lepas main semua family singgah kedai makan dan mesti ada yang sponsor.Kadang-kadang abah juga sponsor.. Tengoklah nanti camna!

Isnin, 26 Julai 2010

Baby lagi yee..Khas Untuk PU3


Baby masa ni nak bertolak kg Mama..Ingatkan dapat jumpa PU3, tapi dah tak ada..maklum aja..PU3 kan dah pandai melawa sekarang..Tok kata asyik sikat rambut je..Tapi nanti bila PU3 balik semula rumah tok kan,mesti cari sikat tak jumpa sebab baby suka sikat,bawak tidor,jalan-jalan..Tok sepuluh kali dah cari sikat dia.Mama beli sesuatu kat rumah Tok, jadi PU3 tengoklah..Itu aja yang mama kata mampu..InsyAllah ada rezeki lagi, yang lain pulak kan..Nanti PU3 tolong kemaskan rumah Tok ye...bagi cantik..kita orang boy...Mama....nak Shushuu...huwaa....(nangis satu taman komplen..)

Arif dan baby balik Kg Jumpa Tok Mat dan Tok Mah..


Yeaaa....balik kg jumpa Tok Mat..Sabtu baru ni pergi Benut Johor.Ingatkan tidor hotel sebab abah kata balik kg minggu depan, tapi mama pandai pujuk, Jadi abah kata balik Kg aja..jam 6.00 petang singgah kat Umbai, makan..lepastu terus balik kg mama.Tok pun tak tahu sebab mama dah cakap denagn Tok tak jadi balik minggu ni..Pu3 pun tak ade, balik kg Nenek dia.Mama kata nak pergi rumah nenek Pu3 jumpa Pakngah dan rembat rambutan sekali,nampaknya tak ada rezekilah..hujan dari jam 3 petang sampai ke malam (ahad)..malam tadi jam 8.30 malam baru bertolak ke Bangi..

Baby dan Arif suka balik kg Tok sebab ada banyak kuih yang free..lagi satu boleh main lawan-lawan sebab rumah Tok lapang..

Jumaat, 23 Julai 2010

Hero 3 dan 4


Mama beli buai macam ni nanti boleh?Itulah yang diminta bila kami berjalan rumah kawan husband baru ni.nak letak mana cayang oiii...(tengoklah...)

Tatapan


Termenung ingat siapa tu? kalau ingat sayang dan anak-anak ok lah tu!Anak-anak saya kalau abahnya balik ofis lambat..sebuk tanya "abah mana?"Kalau out station lagi penat saya nak menjawabnya.Heran juga sebab bila abahnya ada rumah, tak ada seorang pun merengek nak dukung ke hapa..Tapi kalau hari minggu semua ingat abah..nak jalan tak abah?Nak makan luar tak abah?Tapi ye lah..karenah anak-anak memang seronok dilayan,walaupun letih..

Ngeteh Jap (Taurus)


Betulke orang Taurus ni Pemendam dan sekali meletup, habis ? .Saya orang Taurus.Pendendam jauh sekali tidak, tapi pemendam tu boleh jadi dan meletus tu pun boleh jadi.Saya kalau tak puashati saya diam,diam,diam (cuba bersabar,tapi bilang hilang tahap sabar..memang orang yang kena dan berkenaan akan terasa.Maklum aja saya kurang pandai untuk bermain kata-kata..strait to point, suka atau tidak saya akan beritahu apa yang saya tidak setuju, soal terima atau tidak, terserah.Kita juga tak boleh paksa orang setuju dengan pandangan kita kan?
Kebiasaanya, dalam urusan kerja saya akan bertegas.Suka tak suka itu prosedur yang kita kena ikut, dan kalau ada aktiviti yang kita perlu buat persiapan awal perlu dibuat.Suka tak suka saya berleter tanya dah buat ke belum..terpulang, yang pasti saya akan pastikan semuanya mesti tersedia.Hishh..macam "Bossy" aja tu..kadang-kadang ya sebab kalau tak di arah siapa yang nak arah..khususnya bila kerja tu tak nampak persediaannya..Situasi ini saya akan buat bila akan ada program, sebab utama :
a) Kawan saya pernah anjurkan beberapa program,tapi disebabkan tidak ada unsur "bossy" ni program dia haru juga, itu tak buat, ini tak buat dan tenaga kerja di bawahnya boleh selamba..yang merah muka pada hari kejadian siapa?
b) Supaya semua orang tahu tugas masing-masing.Jangan sampai ada terkeluar perkataan "itu bukan tugas saya, atau itu saya tak tahu".
Dalam kita bertegas, perlu diterapkan kelembutan.Kelembutan itu tidak semestinya dalam berkomunikasi, kadang-kadang mungkin boleh jadi dari aspek pertimbangan..seperti beri izin kepada sesiapa yang memohon melalui kita.

Berbalik semula isu Taurus ni..Pendam, bukan bermakna kita tidak mahu berterus terang cuma kadang-kadang kesalahan pertama,kedua,ketiga pun kita boleh beri ruang..namun kalau sudah lebih dari itu..maaflah, tahap iman seperti kita ini, akhirnya terhambur juga kan?
Walau apa pun..kita hamba Allah yang lemah dan sangat perlu memohon kepadaNYA agar kita sentiasa dilindungi dari perbuatan dan perkataan yang tidak baik kerana mungkin tutur bicara kita akan membuat ada jiwa yang tersinggung, atau timbul rasa dendam dan boleh jadi juga akan mendatangkan fitnah..Nauzubillah..

Rabu, 21 Julai 2010

Ngeteh jap( Indahnya Syaaban..)


Bulan syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt. Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya : Allah swt melihat kepada hamban-NYA pada malam nisbu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan "kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah".
Ibadah pada malam Nisfu Syaaban :
a) sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud
b) membaca Al-Quran.
c) Banyak beristighfar
d) Bertasbih,bertahlil,bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur
wallahu'alam..

Mmmm....Kenapa saya letakkan gambar ABAH, dan apa kaitannya dengan Syaaban?
Sebabnya ABAH adalah orang pertama dari saya kecil sampai besar sentiasa ingatkan kami adik beradik tentang malam Nisfu Syaaban.Tu gambar dia pegang hp, memang sekarang dia mesej aja.."malam ni nisfu syaaban"..(sejak 3 tahun lepas dia dah ada hp..)jadi buat kanda,dinda yang baca blog ni..kalau nak ngeteh malam nisfu syaaban nanti, tengok muka ABAH ni...ingat-ingatlah..bukan muda lagi tu, dah pencen pun ada..
Ok, berbalik pada citer ABAH...hmm, sejak dia bujang sampai sekarang ABAH saya masih mengajar mengaji, anak-anak kampung kami.Sampai sekarang katanya dah mengajar cucu kepada anak muridnya..Dan Ahad malam Isnin abah mengajar agama orang tua-tua di masjid, Jadi itu sebab kalau nak ajak ABAH datang rumah kitaorang..kena pastikan cuti mengaji tu hanya sehari sahaj, dan balik hari AHAD siang, sebab ABAH nak gi masjid..ngajar..

Biarlah orang lain yang nak termuntah bila baca blog saya sebab puji ayah sendiri, tapi suka hati saya lah..sebab dia ABAH saya dan ABAH memang terbaik buat saya dan adik beradik yang lain., ABAH berjaya didik kami agar sentiasa bermuafakat, tak bergaduh dan irihati di antara satu sama lain.Ikutkan cerita arwah Tok saya, ABAH memang pandai dan kuat daya ingatan, cuma masa tu duit tak ada,jadi ABAH belajar pondok .Sehingga sekarang di Kampung "orang sebut Pak Chu Lan..orang kenal...En.Wan Samad lah tu..Bila menjelang malam Nisfu Syaaban ini juga..abah akan kata malam tutup buku.., sama ada dia hantar mesej,call atau suruh mak yang call..Tapi sekarang dia suka main mesej dengan cucu aja...

Kakcik sayang ABAH...Mak juga..

Selasa, 20 Julai 2010

Baby gunting rambut..



Baby kena gunting rambut sebab mama kata dah masuk mata..dan kalau lagi panjang rambut..lagi panjang akal baby..mama kata lah..tapi taklah, lagi pendek rambut lagi senang baby nak gerak,lompat tinggi sampai terhantuk kepala,nangis satu taman tanya bibik "buat apa kat baby..dera ke?" baby kalau nangis...macam kena cubit....kalau gunting rambut mama hantar kita orang kat Sek.15, Sammyhair saloon ..tak main mamak gunting ni..busyukk...Sebenarnya mama dan abah dah serik sebab masa tu hantar abang arif kita gunting kat mamak, tiba-tiba mamak tu terkena sikit kat cuping telinga arif..darah..abah mengamuk marah kat mamak tu..sebab abang arif bukan macam baby,dia kalau duduk diam..kalau jalan tak lari mana-mana, kalau letak kepala atas bantal terus tido,lainlah baby ni kan??

Kembara...



Husband request letak gambar dia masa naik train "Kembara Mahkota Johor".. seronok ye tinggal isteri dan anak-anak..hampir setiap tahun join Kembara ni..seronoklah katanya, makan pun best..tradisional Johor..

Sabtu, 17 Julai 2010

Ngeteh jap..

Boleh tak kita cuba bersangka baik?Ini apa yang orang lakukan kita dah fikir negatif.Terutama orang itu adalah orang yang kita memang tak suka.Sebenarnya seronok bila kita berfijkiran begitu sebab perkara tu akan sensasi,dn hangat medan perbincangan,khususnya masa sembang makan.Ha,ha..tapi sebenarnya seronok itu duniawi aja..akhirat kita kena tanggung tu,pertama mungkin apa yg kita andaikan itu tak betul,bila tak betul jadi fitnah,fitnah ke dosa mengumpat plak dan secara tidak langsung telah mengaibkan org lain,dan paling teruk akhirnya berpecah belah..huh,banyak nak kita kendong tu,Terbawak dek badan ke?Ini orang cakap sikit kita tafsirkan lain,orang email pun kita sensasikan..orang jumpa bos pun kita sebuk juga nak tafsir cerita.Macam ni lah..untuk spesis ini saya nasihatkan baik jadi orang yg jujur,tak pasti kita cakap tak pasti,dan kalau melibatkan urusan kita lebih kita call tanya kenapa,apa citer sebenar..baru kita dpt maklumat sbnr,dan kalau kurang berpuashati kita beri pandangan.Soal diterima atau tidak lain ceritalah,sbb msng-msng ada justifikasi..dan bermesyuarah lh dgn baik,bukannya musyawwarah akhirnya memecah belahkan.Bercakap benar sekalipun pahit..tak apa,mengaku itu kesalahan kita dan mohon maaf..supaya di akhirat nnt tidak dituntut.Ini bila ada rakan yg sokong sikit usul kita,seolah kita betul..ingat rakan kita pun setaraf kita juga,sebab rakan yg baik akan beri pandangan bagaimana kita harus harmonikan,dan perbetulkan..Saya lebih suka bertanya.Sebab pertama ingin tahu apa punca,yg kedua memberi ruang utk sy membela diri.Itu kalau ada saya rasa tak kena lah..tapi kalau saya dah kenal mmg feelnya macamtu,sy biarkan aja,buat tak kesah..selagi tidak menjejaskan urusan saya.Tapi dlm niat ikhlas kita untuk bertanya tu,ada juga yg putar belitkan. Cerita sehingga bila kita bertanya seolah menjadi satu kesalahan..Tapi sy tetap dgn cara saya "bertanya"..dan paling teruk kaedah yg saya buat adalah berdiam diri..bukan makna mengalah tp erti kata akhirnya sedarlah tu..

Jumaat, 16 Julai 2010

Kakak punya hadiah..

Ini kakak...dia suruh letak juga gambar dia masa dia dapat hadiah tahun 1,sekarang dah tahun 2..dapat nombor berapa???he,he...

Khamis, 15 Julai 2010

Kembar??


hmmm...main sampai berpoloh...nampak sebaya kan?nasib baik ada bibik yang bantu,kalau tak tak taulah nak uruskan hero-hero ni..That's why lah kalau ada kekurangan sedikit cara bibik jaga anak-anak saya buat dekk aja, sebab kita kena fikir,kalau nak sempurna jaga sendiri lah ye sebab ibu aja yang terbaik untuk anak-anak ni..Tapi situasi sekarang tak ada pilihan..Jadi boleh aja ya bik, asalkan anak saya awak tak tangan-tangan inn...

Birthday party


Ini masa sambut birthday party Afiq dan Arif (serentak) bulan 11 tahun 2009.Panggil lah kawan-kawan sekolah Afiq (Q Dees) dan jiran sebelah,depan, belakang..Buat kecil-kecilan aja..Adik beradik ada gak datang..yang tak datang Pak Ngah kat Kuantan sinun...yelah OKB lah katakan..
Tahun ni, kakak punya birthday dan baby kami sekalikan aja..kat kampung je, kebetulan ada semua balik..Kena pandai cari masa lah kan..semua balik baru hadiah banyak kan baby???

Riyaz Herritage Lagi..

Ini depan bilik di Riyaz Herritage..baru samapai jadi semuanya happy..bilik kami yang tingkat atas, itulah asyik dok kena tengok anak je takut nanti ada yang jadi Superman..Al-kesah, pada malam tu saya dengan husband kononnya lepas anak tido kami pergi jalan-jalan makan angin disekitarnya, tengok wayang, duduk tepi pantai, dan masa nak balik jam 12.00 malam lebih kurang..tiba-tiba ada seekor kucing yang bukan main garang (merah matanya).Saya rasa bukan kucing biasa maybe kucing hutan kan..sampai tercicir selipar eden lari..sebab???kucing tu macam nak terkam kami, sedangkan kami masa tu nak naik bilik..kucing tu plak betul-betul dok bawah tangga..Lastnya, husband cari kayu baling..baru dia lari lepastu mencelinap kami masuk bilik..ha,ha..(teringat pulak gelagat masa kecil kalau kena kejar anjing mesti cam tu kan)

Kesian kat Abang!



keciannya...abang Afiq kan?Main baling batu punya cerita..sekali kan dah pakai kopiah..sehingga sekarang abang pergi sekolah pakai songkok.Tak apa lah,kalau tak kena tak tau pulak rasa sakitnya ye..??

Rabu, 14 Julai 2010

Sekadar Beringat..

Bersihkan hati dengan zikir dan selawat.Jika rasa nak marah,tidak tenteram..berselawatlah,pandangan seorang ustaz di dalam ceramahnya.Boleh tak kita satu hari tidak bercakap hal orang?Tepuk dada tanya iman..Orang buat macam ni kita cakap,orang tak buat pun kita cakap,apa yang kita dapat?setakat puashati aja lah..Dosa sendiri tanggung haa..Lazimnya kita ni kalau bercerita hal orang tak ingat kiri kanan,seolah dalam dunia ni kita aja yang betul..Jangan lupa ada hamba Allah yang berada di kiri kanan mencatat..Dan kadang-kadang bila asyik nak bercakap hal orang je tanggungjawab yang sebenar kita lupa..kerja berlambak pun sanggup kita tangguh.Dapat pula yang melayan tu satu spesis..habislah..orang pakai baju apa,kasut apa,beg apa pun sebuk gak.Ada juga dalam perbincangan tak mahu bagi idea suka ke tak ke,tapi bila selesai aja..ada aja komen tambahan,wah hebat pulak suara dia dari dalam perbincangan.Camna tu?buat kata oghang Nogori..habih kan bogheh yo layan orang camtu..Tak boleh biar, kalau kita dengar kita kena tegur..Baru sahabat namanya..bukan apa tau, bila di sana nanti kita yang menyokong ni pun kena jawab..Bukan nak puji diri lah..saya dah mula menjauhkan diri dari aktiviti hodoh ni..kalau ada yang cerita ngarut saya diam jo lah..kadang-kadang cuba juga neutralkan balik isu tu..Maklum aja, usia dah 30 an ni tak minat benda-benda camni..Nawaiitu mesti jelas, bekerja kena fokus dan digalas dengan baik, urusan keluarga is no.1 le, dan kawan-kawan tetap saya doakan yang terbaik(mana yang ikhlas le)Yang berpura-pura tu tak apa..teruskanlah, saya juga redha!So far sekarang saya dah dapat sebahagiannya apa yang saya nak..Alhamdulillah..tapi ada satu lagi hajat untuk saya tunaikan bersama suami dan keluarga..(InsyaAllah...ada rezeki adalah..)kan?