Jumaat, 15 Oktober 2010

Ngeteh jap


Adakalanya Allah memberi sesuatu yg kita tidak suka dengan tujuan melihat sejauh mana kekuatan kita dlm menghadapi dugaanNYA, disebalik itu apa perkara yang kita suka belum pasti Allah suka... Kata-kata ini saya pinjam daripada seorang rakan yang mana memang amat menarik dan menyentuh jiwa saya. Saya kurang pasti adakah kata-kata ini sebenarnya tafsiran bagi sesuatu hadis atau bagaimana namun apa jua, ia amat memberi makna..Dalam kehidupan sebagai hambaNYA, kita sering diuji.Adakalanya ujian itu bagaikan tidak tertanggung dek badan namun akhirnya saat demi saat kita telah lalui dan alhamdulillah berkat kesabaran kita berjaya mengharunginya.Sebagai wanita, ibu yang bekerjaya sudah pasti saya kena tabah dan kuat dan bijak. Di Pejabat peranan kita berubah sebagai seorang Ketua, staf dan rakan kepada rakan-rakan di pejabat. Di rumah saya perlu lupakan watak itu kerana perlu menjadi seorang ibu yg penyayang dan sentiasa mendengar, peka kepada perkembangan anak.Selain itu sebagai isteri sudah pasti keperluan suami dan kehormatan diri juga di jaga.Dalam memainkan kesemua watak inilah kita sentiasa diuji yang ada kalanya kita mula tertanya "kenapa kita?" Namun sebagai seorang Islam kita harus sedar bahawa tanda kasih sayang Allah kepada hambanya juga adalah melalui ujian ini agar kita tersedar dari kesilapan dan belajar bersabar. kalau diikutkan hati,mati kalau diikutkan rasa binasa...Cuba lihat semula sejak akhir-akhir ini ramai umat islam sendiri dilaporkan telah membunuh diri akibat tidak tahan dengan ujian yang menimpa.Nauzubillah..Ingatlah setiap ujian Allah pasti ada penyelesaiannya..cuba kita duduk bersendirian, istikharah, tahajjud dan kembali kepadaNYA pasti ketenangan yang amat hebat akan kita perolehi. Saya pernah suatu ketika menghadapi ujian yang tak termampu saya tanggung berlaku ditempat kerja, siang malam saya memikirkannya, kata-kata semangat suami dan kejernihan serta ketulusan muka anak-anak seperti meminta ibunya bersabar, menjadi saya kuat dan sehinggalah pada Ramadhan yang lalu saya mengambil ruang untuk melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan, kerana apabila kita manusia sudah tidak mampu membuat keputusan, kita kembalilah padaNYA..saya menangis sepuas-puasnya di malam hari yang dingin, saya luahkan apa yang terbuku, saya ceritakan satu demi satu tekanan yang saya hadapi dan minta petunjukNYA..Alhamdulillah..selepas itu satu ketenangan yang sangat luar biasa saya rasai.....ya, itulah keputusanNYA..Sehingga hari ini pengalaman itu saya jadikan panduan pada masa hadapan sehingga akhir hayat saya..Di pejabat saya lalui segala-galanya dengan lancar disamping selalu berdoa " Ya Allah, jauhkan hambamu ini dari fitnah dan buruk sangka dari manusia dan Jin, lembutkan hati mereka yang tidak menyenangi diri ku dan jauhkan juga hati hambamu ini dari berburuk sangka kepada orang lain" Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan