Isnin, 27 September 2010

Ayahanda Di IJN (ngeteh Jap)

Salam lebaran lagi...

Pada 23 September yang lalu abah saya ditahan wad IJN, susulan kerap kurang sehat (sesak nafas) sejak bulan Ramadhan lagi. Semasa khutbah di pagi raya juga abah seperti menahan sakit, tapi digagahkan juga untuk solat Aidilfitri. Begitu juga hari-hari selepasnya yang mana saya dapat tahu abah pergi juga mengajar ngaji walhal semalam baru sahaja abang saya menghantar ke klinik disebabkan sesak nafas. Itulah abah saya, sangat sukar dan payah bila di rujuk ke hospital tapi kalau mak saya dan anak-anak dia sakit, cepat aja disuruhnya kami pergi hospital.Kebetulan sepanjang dimasukkan wad di IJN saya pula sebuk dengan program ofis (urusetia) kerja saya wajib saya selesaikan dan dalam tempoh itu saya sering berdoa agar abah stabil, sementara saya dapat siapkan semurna tugas saya.Alhamdulillah, apabila sempurna tugas, pada hari sabtu (walaupun saya terlibat program) saya mohon pengecualian tidak hadir untuk saya melawat abah di hospital. Pada Sabtu tengahari saya tengok abah masih lagi tidak selesa, tapi sehingga semalam (ahad)saya tengok keadaan abah semakin pulih. Mak adalah orang penting di sisi abah dan datang menjengok setiap kali melawat.Cuma kasihan juga bila mak tidak diberi untuk menemani abah sepanjangn di wad.Saya tahu perasaan mak dan abah tapi bila berada di CCU kawalan sangat rapi dan pesakit tidak dibenarkan banyak bercakap dan perlu banyak berehat untuk memastikan jantung berada di dalam keadaan stabil. Anak-anak saya punya rindu dengan tokmatnya tapi kanak-kanak tidak dibenarkan naik dan masuk di wad berkenaan. InsyaAllah hari Rabu saya ada apply cuti untuk melihat abah seklai lagi dan saya doakan abah semakin pulih dan boleh berada di dalam keadaan selesa.Adik beradik semuanya ada di sini, dan kami bergilir-gilir menjengok abah..
Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan