Selasa, 7 September 2010

Tragedi Ramadhan 1431H


Salam Ramadhan..Kali ini saya nak cerita tragedi ramadhan tahun ni, yang ketika itu my hubby tiada bukan sahaja di rumah bahkan di Malaysia..Anak saya ke dua-duanya masuk hospital..demam kuat. nasib baik ada adik dan abang yang sudi datang membantu sepanjang kesulitan yang saya alami. Selama 3 hari 2 malam duduk hospital (KPJ Kajang), alhamdullillah sepanjang di hospital ada juga yang sudi menjengok anak-anak saya iaitu mak, abah, abang long sekeluarga, abang dan adik yang dok Cheras!dan abang yang berada di Kuantan tak putus-putus menelefon tanya khabar berita,termasuk kawan2 husband.Masa berada di rumah pula saya mendapat mc selama 1 minggu untuk menjaga anak kata Dr, staf juga ada datang ziarah..terima kasih kepada semua kerana hanya Allah yang mampu membalas sesuatu yang terbaik buat kalian..Husband balik pagi selasa dari Argentina..hu,hu..perasaan sedih saya kongsikan juga, maklum lah semasa anak sakit saya duduk dihospital menahan lapar (sebab nak tanya nurse pasal makan segan..) kalau ada husband mesti dia carikan makanan..sehinggalah mak abah datang bawak bekalan..huh, tak toleh kiri kanan saya ngap,ngap aja..begitu juga esoknya..tapi apa pun saya memang mampu tahan lapar sebab bila tengok anak kurang sehat, nafsu makan pun kurang..lagi satu fikir 2 anak kecil yang tinggal di rumah..tido dengan mak abah saya.Bila husband sampai..huh, lega bukan main..panjang akal saya lepastu..itulah, kata orang bila sentiasa bersama sesekali berpisah..apa-apa berlaku semuanya buntu...Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik buat keluarga saya, orang tua dikampung dan yang lain-lain..Aminn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan