Selasa, 28 September 2010

5 Beradik (IJN Lagi)


Ini gambar kami 5 beradik, sedang menunggu giliran melawat ayahanda di IJN. Mak ada berdampingan abah. Jarang kami dapat berkumpul macam ini terutamanya abangngah yang tinggal di Kuantan. Biasalah bila dapat berjumpa macam-macam cerita yang keluar, teringat pula masa kecil-kecil dahulu. Bila celik aja mata saya hanya kenal dan tahu ada seorang kakak sahaja walaupun mak kata saya ada 2 lagi kakak tapi telah kembali kerahmatullah sejak kecil lagi.Sedih juga bila mak cerita masa dia kehilangan 2 anaknya yang ketika itu sedang manja..kuatnya mak dan abah menjalani ujian macamtu..
Kakak saya ni (kaklong) tempat saya meluahkan segala yang terpendam.Tapi selalunya dia yang banyak cerita sebab housewife, dari sekecil-kecil masalah..sampailah sebesar-sebesar masalah. Tugas saya mendengar, dan bantulah mana yang saya mampu.Kakak dan saya feelnya jauh sikit sebab saya ni tak ramah, dia ramah so ramai saudara mara yang lebih kenal dia kan? abang dan adik..hmm boleh satu kapla laa..cukup korum semua boleh jadi.ADik beradik yang ada dan tak ramai ini perlu bersatu. Bak kata pepatah air dicincang tak akan putus.Mungkin ada hati pernah tersentuh di antara satu sama lain, namun kita abaikan ajalah..dan bermaafan.cara hidup masing-masing berbeza-beza, macam saya dan kakak perlu juga menerima pandangan suami, tapi insyaAllah demi keluarga ini semuanya akan berjalan baik dengan kaedah yang berbeza..wasssalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan