Jumaat, 26 November 2010

Ngeteh Jap (Hadiah Yang Lebih Berharga)


Assalamualaikum..
kali ini saya nak paparkan gambar anak sulung saya Afreena (kakak) yang telah menerima hadiah tempat pertama bagi peperiksaan sekolah agama (ABIM)dan di Sekolah Kebangsaan kakak dapat tempat kedua, syukur..Kakak ni memang setiap tahun menghadiahkan saya dan abahnya.Memang dia anak yang pandai, dan mendengar kata.Nakal sikit tu ada juga, tapi yang saya perasan bila saya marah dia tak akan melenting, paling tidak menangis senyap-senyap.Saya juga baru teringat, masa mengandungkan dia saya terlalu suka dan berulang baca surah luqman..tapi anak yang lain saya baca juga Al-Quran cuma tidak terlalu kerap.Tidak bermakna anak yang lain kurang, masing-masing ada kelebihannya,yang mana saya tetap mendoakan semua anak-anak saya nanti menjadi anak yang Soleh, Solehah, taat perintah Allah,Rasul,dan Ibu Bapanya..aminn..
Bagaimana anak kedua? Abang ni dari aspek pencapaian akademik walaupuin tidak secepat kakak dia sebenarnya juga pintar dan smart.Setiap perkara dan keputusan yang dia buat selalunya tepat.Kami akan ikut rentak dan cara dia belajar kerana jika terlalu memaksa akan membuatkan dia rasa tertekan, takut dan melawan. Pada akhir tahun ini abang berjaya turunkan 10 angka dari mula-mula dia berhadapan dengan peperiksaan. Ini cukup baik dan sangat memberangsangkan.Saya benar-benar teruja dengan pencapaian dia dan sentiasa beri kata semangat pada dia. Ye lah, kami bukanlah orang kaya yang boleh memperuntukkan harta kepada anak-anak kecuali ilmu. Jadi kami perlu sedikit berkorban agar anak-anak mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan Duniawi dan Ukhrawi.Saya teringat ketika saya belajar dahulu, ayahanda saya sanggup berhabisan wang asalkan saya dan anak-anak yang lain berjaya dan tidak jadikan alasan "gagal" sebab abah tak mahu keluarkan duit.
Oleh itu, dengan ekonomi keluarga kami yang sedikit kukuh, saya akan pastikan semua anak saya boleh menuntut ilmu dengan selesa tanpa gangguan..InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan