Isnin, 22 November 2010

Aktiviti Cuti Sekolah-Sungkai Perak



Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam..bagi yang tak habis-habis lagi makan daging korban tu,henti-hentikanlah..dah naki 2kg dah tu, he,he.Bagi rakan-rakan, ibu bapa dan saudara mara yang menunaikan ibadah haji, saya doakan agar Haji yang diperolehia adalah haji Mabrur..Amiinn.Fuh, lama benar rasanya kita tak bersua di laman ini..sampai ada peminat setia blog saya (ceh,ceh..) call bagi tahu kenapa tak menulis lagi?bukan tak mahu menulis cuma sejak akhir ini kehidupan kerjaya saya terlalu sebuk,sampai nak menjengah blog sendiri pun tak sempat, hakikatnya banyak sangat aktiviti yang berlaku pada tempoh tersebut. Aktiviti yang paling best sepanjang ini adalah saya bersama keluarga rakan-rakan suami ke Felda Hot Spring, Sungkai. Kami menginap di Villa, 5 family yang join dan 3 villa yang terpaksa kami sewa.Pendek cerita kami sampai awal pagi, makan dan mandi-manda (syoookk sangat..) malamnya kami celebrate birthday party anak rakan, BBQ, dan game sedikitlah (rebut kerusi(anak), belon beracun,dan duduk atas belon)dan jam 12.00 pm hingga 2.am kaum bapa dan family lain main daun terup, tapi masa tu saya zzzz... Esok pagi sekali lagi kami dan anak-anak mandi, (sesi melulur muka..nanti ada ceritanya),dan makan tengahari beramai-ramai..akhirnya kami berangkat pulang jam 3.00 pm.

Next story??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan