Jumaat, 23 Julai 2010

Ngeteh Jap (Taurus)


Betulke orang Taurus ni Pemendam dan sekali meletup, habis ? .Saya orang Taurus.Pendendam jauh sekali tidak, tapi pemendam tu boleh jadi dan meletus tu pun boleh jadi.Saya kalau tak puashati saya diam,diam,diam (cuba bersabar,tapi bilang hilang tahap sabar..memang orang yang kena dan berkenaan akan terasa.Maklum aja saya kurang pandai untuk bermain kata-kata..strait to point, suka atau tidak saya akan beritahu apa yang saya tidak setuju, soal terima atau tidak, terserah.Kita juga tak boleh paksa orang setuju dengan pandangan kita kan?
Kebiasaanya, dalam urusan kerja saya akan bertegas.Suka tak suka itu prosedur yang kita kena ikut, dan kalau ada aktiviti yang kita perlu buat persiapan awal perlu dibuat.Suka tak suka saya berleter tanya dah buat ke belum..terpulang, yang pasti saya akan pastikan semuanya mesti tersedia.Hishh..macam "Bossy" aja tu..kadang-kadang ya sebab kalau tak di arah siapa yang nak arah..khususnya bila kerja tu tak nampak persediaannya..Situasi ini saya akan buat bila akan ada program, sebab utama :
a) Kawan saya pernah anjurkan beberapa program,tapi disebabkan tidak ada unsur "bossy" ni program dia haru juga, itu tak buat, ini tak buat dan tenaga kerja di bawahnya boleh selamba..yang merah muka pada hari kejadian siapa?
b) Supaya semua orang tahu tugas masing-masing.Jangan sampai ada terkeluar perkataan "itu bukan tugas saya, atau itu saya tak tahu".
Dalam kita bertegas, perlu diterapkan kelembutan.Kelembutan itu tidak semestinya dalam berkomunikasi, kadang-kadang mungkin boleh jadi dari aspek pertimbangan..seperti beri izin kepada sesiapa yang memohon melalui kita.

Berbalik semula isu Taurus ni..Pendam, bukan bermakna kita tidak mahu berterus terang cuma kadang-kadang kesalahan pertama,kedua,ketiga pun kita boleh beri ruang..namun kalau sudah lebih dari itu..maaflah, tahap iman seperti kita ini, akhirnya terhambur juga kan?
Walau apa pun..kita hamba Allah yang lemah dan sangat perlu memohon kepadaNYA agar kita sentiasa dilindungi dari perbuatan dan perkataan yang tidak baik kerana mungkin tutur bicara kita akan membuat ada jiwa yang tersinggung, atau timbul rasa dendam dan boleh jadi juga akan mendatangkan fitnah..Nauzubillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan