Selasa, 6 Julai 2010

Ngeteh jap (Pendaftaran Pelajar Baru)


Ruang ngeteh pilihan kali ni adalah "Pendaftaran Pelajar baru ke Universiti". Aku baru ni turut hadir majlis pendaftaran pelajar di ofis, secara tak langsung lah..Dan pernah ada pengalaman pun urus kerja-kerja ni. Pelajar baru memang ramai, ibu bapa dari pelbagai kategori, nampak mewah, sederhana dan ada juga yang kelihatan susah..tapi masing-masing semua berseri-seri muka dari wajah anak sampai ke wajah ayahanda dan bondanya..ye lah, mungkin juga si anak ini seorang sahaja dari keluarganya yang masuk U atau anak yang pertama masuk U..apa-apalah..
Teringat ketika dahulu...
Aku melangkah ke U..wajah bonda, ayahanda, kanda,dan adinda semua di mata..hilang rasa penat belajar sebab..Yeah!!! aku berjaya woo...Aku dulu belajar suka study group, dan kadang-kadang suka juga bersendiri terutama bab nak hafal-hafal nih..dan yang paling aku ingat..bila balik kg, tanya mak..mesti buku atas katil berselerak..sebelum tidor..buku dulu lah..sebab vision masa tu, mesti masuk U..motivasi sendiri lah..tapi sekarang dh lain, banyak IPTA ada program utk naikkan semangat pelajar ni, jom masuk U lah, selangkah ke Universiti lah..semuanya bagus dan bermanfaat.
Apa-apapun, ingat..bila kita mula melangkah..berjaya dan mempunyai kerjaya,jasa ayahanda dan bonda jangan sekali, sekelumit dilupakan,terlalu besar yang mungkin tidak terbayar.Ya Allah, engkau sehatkanlah kedua ibu bapaku, panjangkan umur mereka, lindungilah mereka dari segala kejahatan manusia dan syaitan di muka bumi ini..Aminn...Tiada Keredhaan Allah tanpa keredhaan Ibu Bapa kita..Balik-balik ni, ingatlah..kita kat rumah dengan anak beranak makan apa malam ni, mak dan ayah kita makan apa agaknya malam ni????maggi???nasi goreng???kesukaan abah dari air tangan mak!

1 ulasan:

  1. Laaa...kenape ko ilangkan cerita masa ko blajar dulu Pak Ngah ko byk membantu dan menunjuk ajar? Terutama dlm bahasa Arab yg ko sebut `telo' jer bunyinyer....Tak citer gak Pak Ngah ko yg mencengkang mata buat tuisyen kat ko malam2?...biar dia org tahu...

    BalasPadam