Jumaat, 2 Julai 2010

Ngeteh jap...(Bila Kawan jadi Lawan)

Bila kawan jadi lawan?pernah dengar kan.Mak aku pernah juga bercakap "dengan orang ni kita baik-baik cina aja..sebab nanti kalau rapat sangat bila tersinggung payah", lagi teruk bila jadi musuh (lawan).Semua orang mungkin melalui perkara ni, faktor utama tak ada kejujuran,dan amanah di antara satu sama lain. Kadang-kadang bila kita ni stress msti nak cari kawan untuk luah perasaan, tapi ada sebahagian kawan mendengar dan memberi perangsang yang baik, at least dengar pun cukuplah kan?tapi ada satu jenis tu, disampaikan pulak pada orang lain, rupanya kawan kita ni dah lama tak suka kita..cuma berpura-pura, akhirnya baru kita tersedar dialah watak utama dalam pentas teater dunia.jadi pengadu domba,fitnah dan penambah ajinomoto cerita..Ada satu cerita..kawan aku lah, baru ni dia ada luahkan kat aku yang kawan dia aniaya dia,cerita hal tak baik tentang kawan aku pada orang lain dan yang tak tahan tu siap cakap "kononnya dia kenal sangat dgn perangai kawan aku ni" Tapi dia tak tahu ke yang kawan aku ni pun kenaallll sangat dengan perangai "pembelit " cuma tak sangka, kawan dia tu sanggup belit dia gak!Kawan aku tu pernah tolong B (kawan dia) masa tu suami B kemalangan, kawan aku ni dlm mengandung sanggup tergesa hantar B hospital, tunggu suami B sama dengan B gak, lepastu siap hantar B balik pulak rumah sedara dia, akhirnya malam jugak kawan aku ni baru dapat jumpa suami dan anak-anak dia..bukan apa kasihan kawan punya pasal.ye lah..kawan aku ni kata B masa tu dhaif juga kehidupan dia, suami tak ada kerja tetap..Tapi bila B ni dah ada nama sikit..eh,lain macam plak!kawan aku ni jenis lurus..dok cerita dan luah semua hal..rupanya baru tersedar si B dah jaja dan putar citer, jadi yang tak baik semua kat kawan akulah..Tak apalah,kita sebagai hamba Allah ni hanya berdoa agar semuanya berakhir dengan baik, cuma katanya dia tak akan maafkan semua fitnah B terhadap dia kecuali B tersdar dan mohon maaf.Ye lah..mungkin yang berlaku ada hikmahnya, kalau tak kita tak tahulah pulak kawan kita camna sebenarnya kan..Tapi sebagai ingatan, dalam berkawan ni,kita jadilah manusia yang ikhlas, kalau kita tahu ada orang tak puashati dengan kawan kita, sebagai orang yg hampir dengannya kita perlu maklumkan pada dia,dengan niat utk betulkan..ini kita pulak sama menambah..camna tu, yang tak tahan tu dia pulak lebih pada orang dok sama menghentam..aikk..mana tahan ada kawan camni kan, so, kawan jadi lawan lah..Iblis pun..bravo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan