Khamis, 7 April 2011

Ngeteh jap (Luhurnya Bonda)

Luhurnya Bonda..

Di suatu hari saya pernah menangis menghubungi bonda untuk menceritakan tekanan demi tekanan yang saya lalui di dalam menempuh dugaan di tempat kerja, hubungan dengan orang disekitar, fitnah yang bukan-bukan sehingga memburukkan semua nama saya,sehingga ada yang tergamak menulis sesuatu tentang diri saya di dalam blognya untuk tatapan rakan-rakan lain sedangkan saya tidak pernah sekalipun meninggi suara,sinis apatah lagi berkomunikasi rapat dengan hamba Allah itu.Bagaimana cara dia menilai saya sehingga demikian, adakah melalui kata-kata nista yang didengarnya dari mulut orang yang tidak bertanggungjawab yang bermuka-muka walhal dialah insan bertanduk yang sebenar.Saya ketika itu tidak tahu untuk salahkan siapa..

Bonda berpesan ;
Dahulu bonda pernah melalui dugaan yang maha hebat, ketika melahirkan anak yang ke-3, bayi perempuan itu pergi tidak kembali,tiada air mata yang harus disimpan, kesabaran demi kesabaran, akhirnya hati bonda berbunga kembali apabila disahkan hamil anak ke-4,bayi perempuan yang comel dan petah bercakap. Kuasa Allah melebihi dari segalanya.Apabila anak itu berusia hampir 3 tahun, bonda sekali lagi ditinggalkan.Kenapa aku diberi ujian sehebat itu? Tiada air mata yang perlu dititiskan lagi, siang,malam bonda menangis mengenang tidak terdaya dek badan menanggung ujian sehebat itu.Walaupun bonda telah mempunyai seorang anak lelaki yang comel,namun bonda teringi sekali lagi dikurniakan anak perempuan sebagai ganti..

Bonda bercerita;
Di suatu malam yang dingin,bonda bermunajat mohon kepada yang Maha Berkehendak agar bayi perempuan yang dikandungnya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan segala-gala harapan terhadap anak ini diceritakan satu persatu kepada Yang Maha Mendengar..pada 27 April 1976, lahirlah seorang bayi perempuan yang sehat, dan bonda berkata doanya dimakbulkan Allah kerana anak perempuan ini melalui satu fasa yang amat mudah sama ada dari kesihatannya, pendidikannya dan kehidupan berkeluarganya..

Pesan Bonda;

Bermunajatlah kepada Allah, cerita dan luahkan apa yang terbuku kepadaNYA kerana setiap ujian itu ada rahmatnya, mungkin tidak ketahui pada hari ini namun percayalah Allah itu Maha Adil dan doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan.

Bila difikirkan semula..Iya, dugaan yang saya alami amat kecil dan sekelumit berbanding apa yang bonda harungi. saya tidak sekuat Bonda.

Bonda ; saya tidak akan menyakiti hati bonda.Saya tidak mahu melihat bonda menangis kerana saya, seandainya ada tingkah laku dan tutur kata saya yang pernah membuatkan Bonda tersinggung..ampunkan saya Bonda.saya sedar, betapa bersih dan luhurnya doa Bonda buat saya sehingga kehari ini setiap perkara yang saya lalu dalam fasa bersekolah, belajar di Universiti dan kehidupan berumahtangga..semuanya amat mudah. Pada sejak itu, saya mula belajar erti kesabaran yang bonda miliki.Ya Allah, turunkan lah jua sifat Bonda itu kepada saya.Seandainya saya pergi dahulu dari Bonda..Bonda doakanlah yang terbaik jua buat saya..Wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan